Back To Halal News

Jan 22, 2024 5PM

FIM Perkasa Usahawan Francais

Putrajaya, 22 Jan 2024 – Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) bakal kembali dengan tawaran yang lebih menarik kepada pempamer serta pengunjung. Dengan ruangan pameran luas yang boleh memuatkan hampir 250 reruai, FIM semestinya menjanjikan peluang yang lebih besar kepada usahawan.


Program pameran dan persidangan tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) akan berlangsung bermula dengan persidangan pada 29 Mei dan diikuti dengan pameran pada 30 Mei hingga 1 Jun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Penganjuran FIM kali ke-31 ini disokong sepenuhnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta mendapat pengiktirafan daripada badan francais antarabangsa iaitu World Franchise Council (WFC) dan Asia Pacific Franchise Confederation (APFC).


Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan berkata sehingga kini sebanyak lebih 70% reruai telah diisi oleh syarikat-syarikat francais dan organisasi yang turut menyumbang kepada ekosistem francais. Selain jenama tempatan, FIM turut menarik minat pempamer daripada Jepun, Singapura, Korea Selatan, China, Taiwan dan India.


“Pelbagai jenama francais tempatan dan antarabangsa akan menyertai FIM, memberi peluang kepada pengunjung untuk bertemu dan berbincang dengan penggiat industri. Bagi sesetengah penggiat industri francais, FIM adalah titik permulaan untuk kembangkan perniagaan francais mereka dengan lebih meluas,” beliau berkata ketika berucap di Majlis Pra - Pelancaran FIM2024, di sini.


FIM2024 dijangka akan menarik lebih 30,000 orang pengunjung dan menyasarkan nilai jualan berjumlah RM600 juta sepanjang tiga hari pameran berlangsung.


Lebih menarik, bersama-sama penganjurannya, turut diadakan Mesyuarat Tahunan APFC & WFC yang akan mengumpulkan wakil persatuan francais daripada lebih 40 buah negara. Malaysia sekali lagi menjadi hos untuk mesyuarat ini setelah kali terakhir menjadi tuan rumah pada tahun 2013.

Bersempena itu juga turut diadakan majlis penuh berprestij iaitu Malam Anugerah Francais 2024 (MAF2024) yang akan menjadi malam bersejarah buat penggiat industri francais Malaysia, di mana ada diantara mereka akan diiktiraf sebagai Francais Terbaik 2024. Oldtown White Coffee telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Francais Terbaik pada tahun 2023 dan Marrybrown pada tahun sebelumnya. Pencalonan anugerah ini akan mula dibuka pada Februari dan terbuka kepada semua penggiat industri francais. Terdapat 21 kategori anugerah yang telah disenaraikan untuk pencalonan pada kali ini.


Datuk Dr. Radzali Hassan turut menyifatkan program yang bakal dianjurkan ini sebagai satu inisiatif dalam membantu usahawan membangunkan perniagaan mereka sekaligus memperkasakan industri ini dengan lebih mampan.


“Kami berharap dengan usaha ini dapat memberi peluang kepada penggiat industri dalam meluaskan perniagaan di peringkat tempatan bahkan antarabangsa. Diharapkan juga agar lebih ramai usahawan di luar sana terlibat dan berkecimpung dalam bidang perniagaan francais pada masa akan datang.


Saya menyeru kepada syarikat-syarikat francais untuk menyertai FIM2024 kerana ini adalah one-stop platform untuk mengukuhkan penjenamaan serta meluaskan jaringan perniagaan francais anda” katanya.


Sementara itu, program ini juga turut mendapat kerjasama daripada rakan strategik termasuk Pos2u Sdn Bhd (Qsolve), Ayam Penyet Bagus Sdn Bhd (Ayam Penyet Best), Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (Oldtown White Coffee), Brickforest Sdn Bhd (Myeongdong Topokki) dan Marrybrown Sdn Bhd (Marrybrown).

Turut hadir ke majlis pelancaran ini, Naib Pengerusi MFA, Tn Hj. Mohamad Shukri Salleh dan Setiausaha Agung, Encik Deric Yeo.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

27 Jul 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:23

mosque
imsak

Imsak

05:50:00

fajr

Fajr

06:00:00

syuruk

Syuruk

07:11:00

dhuhr

Dhuhr

13:23:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:30:00

isha

Isha

20:43:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Malaysia Showcase