Back To Halal News

Dec 22, 2023 1PM

Berazam untuk turunkan paras gula darah anda tahun baru ini, ini TIPSnya!

1. Kerapkan bersenam

Jika anda jarang bersenam, anda perlu ubah persepsi anda. Senaman yang kerap boleh membantu meningkatkan sensitiviti insulin anda, bermaksud sel anda menggunakan gula dalam darah sebagai sumber tenaga. Selain itu, anda dapat mengawal berat badan sekaligus mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2.


2. Uruskan karbohidrat anda 

Tahukah anda, badan anda menukar karbohidrat kepada gula, kemudian insulin membantu badan anda menggunakan dan menyimpan gula itu untuk tenaga. Anda boleh membantu badan anda mengawal gula darah anda dengan memantau pengambilan karbohidrat dan mengawal saiz hidangan.


Gunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan untuk membantu mengawal jumlah makanan yang anda ambil. Juga, pastikan anda makan malam sebelum jam 7.30 malam. Diet rendah karbohidrat membantu mencegah kenaikan gula dan boleh memberi manfaat jangka panjang.


3. Makan lebih banyak serat

Serat melambatkan proses pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula dalam badan. Oleh itu, paras gula dalam darah hanya akan meningkat secara beransur. Semua jenis serat adalah baik untuk badan, tetapi serat larut adalah yang terbaik untuk meningkatkan kawalan gula dalam darah.


Diet tinggi serat juga membantu menguruskan diabetes jenis 1 dengan membantu badan mengawal gula dalam darah. Lebihkan makanan serat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan bijirin penuh.


4. Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti

Tabiat tidur yang buruk dan kurang rehat juga boleh mempengaruhi bacaan gula dalam darah dan kepekaan badan kepada insulin. Tabiat buruk ini dapat meningkatkan selera makan sekaligus menaikkan berat badan anda. Oleh itu, makan malam dengan awal supaya makanan anda boleh dihadam sebelum tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi lebih kurang 6-8 jam.


5. Banyakkan minum air kosong

Minumlah banyak air jika anda ingin membantu buah pinggang anda mengeluarkan lebihan gula. Kajian mendapati, risiko paras gula darah yang tinggi berkurangan untuk mereka yang minum lebih banyak air. Dan ingat, air kosong adalah yang terbaik berbanding dengan minuman bergula yang ramai di kalangan kita suka.


6.  Uruskan tekanan dan emosi anda.

Tekanan atau stress yang berterusan boleh mempengaruhi paras gula dalam darah. Senaman, teknik relaksasi, dan meditasi boleh membantu mengurangkan tekanan dan paras gula dalam darah.


7. Makan makanan yang kaya dengan kromium dan magnesium

Tahap gula darah tinggi dikaitkan dengan kekurangan mineral seperti kromium dan magnesium, yang mengawal gula darah. Makanan kaya kromium termasuk daging, buah-buahan, sayur-sayuran dan kacang. Makanan yang kaya dengan magnesium termasuk sayur-sayuran gelap dan berdaun, labu dan biji labu, tuna, bijirin penuh, coklat gelap, pisang dan kekacang.


8. Mengambil suplemen alternatif diperbuat daripada biji peria

Diabegard mengandungi Polypeptide-k (PPk), molekul protein tunggal yang diekstrak daripada biji buah peria. Ia mampu mengaktifkan insulin yang tidak aktif dan dalam masa yang sama, ia boleh membaikpulih pankreas jika ia digunakan berterusan (bergantung pada tahap kronik). Ia juga membantu badan anda menggunakan insulin yang sedia ada dengan baik, dan ini sangat penting untuk mengekalkan tahap gula dalam kawalan.


Suplemen Diabegard ini diluluskan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, sudah mendapat pengesahan halal, dan mematuhi piawaian GMP.


Sekiranya anda mahu mendapatkan maklumat lanjut, kajian klinikal dan testimoni pengguna, anda boleh melayari https://diabegard.com/

Diabegard diperbuat daripada biji peria.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

27 Jul 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:23

mosque
imsak

Imsak

05:50:00

fajr

Fajr

06:00:00

syuruk

Syuruk

07:11:00

dhuhr

Dhuhr

13:23:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:30:00

isha

Isha

20:43:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Malaysia Showcase