Back To All

Apr 10, 2025 5PM

Budaya ‘potluck’ raya jadi tradisi erat silaturrahim

Majlis jamuan makan yang berkonsepkan juadah bawaan (potluck) pada bulan Syawal pasti bukan sekadar untuk menikmati menu hari raya semata-mata.

 

Tradisi itu dilakukan saban tahun merentas bangsa dan agama kerana perayaan menjadi simbolik penyatuan komuniti dalam negara majmuk.

 

Penerbit Eksekutif Kinihalal, Syilda Ismail berkata, sambutan hari raya Aidilfitri merupakan satu kemenangan buat umat Islam kerana berpuasa selama 30 hari.


Syilda (dua dari kiri) merasmikan majlis Hari Raya Aidilfitri FG Media di Malaysiakini, semalam.


“Bagi rakan-rakan bukan muslim, hari raya (Aidilfitri) sebenarnya adalah sebuah kemenangan kerana berpuasa untuk 30 hari. 

 

“Jadi, mudah-mudahan kita akan mengadakan lagi (majlis pada masa akan datang) sebagai salah satu (rancangan) dalam FG Media,” katanya ketika merasmikan majlis Hari Raya Aidilfitri FG Media di ibu pejabat FG Media di Malaysiakini, Petaling Jaya semalam. 

 

Untuk rekod, umat Islam diwajibkan menjalankan ibadah puasa bagi menyempurnakan rukun Islam keempat sebelum ibadah Haji. Semua umat Islam yang tiada keuzuran diwajibkan untuk berpuasa


Kakitangan kumpulan FG Media yang turut terdiri daripada Kinihalal dan Kini Events mengambil juadah raya.


Majlis tersebut dihadiri seramai 39 kakitangan FG Media, termasuk Pengasas Bersama Malaysiakini, Premesh Chandran serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FG Media, Chia Ting Ting yang hadir sebagai sebagai jemputan khas. 

 

Ketika majlis berlangsung, penulis dan koordinator acara FG Media, Cindi Loo berkata, sambutan itu menjadi peluang sekali dalam setahun untuk mereka menjalinkan hubungan dengan lebih akrab. 

 

“Jarang untuk kami dapat eratkan hubungan dalam acara sebegini yang hasilnya begitu meriah dan membuatkan kami berasa lebih akrab berbanding sebelum ini.


Cindi (kanan) meraikan sambutan hari raya pertamanya bersama FG Media tahun ini.


“Jadi, saya rasa majlis seperti ini sangat bagus jika ia sentiasa diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara yang bukan Islam dengan Islam. Ia juga menunjukkan hubungan dan kebersamaan antara kami sebagai rakan sekerja dan beri peluang untuk berinteraksi dengan orang lain ” katanya.

 

Tambah istimewa lagi, ini merupakan perayaan Aidilfitri pertama Cindi bersama rakan sekerja sejak menyertai FG Media enam bulan yang lalu. 

 

Majlis yang diiringi lagu latar buat Lina lebih santai dan selesa.


Bagi Eksekutif Pembangunan Perniagaan FG Media, Lina Shalni pula, beliau berpendapat majlis juadah bawaan kali ini lebih teratur dari segi pengurusannya selain menampilkan pilihan menu yang lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya.


“Kami merancang (majlis ini) bersama-sama kali ini di mana kami duduk berbincang tentang apa yang orang suka makan, apa orang ini akan bawa dan siapa jemputan kami jadi (majlis) kali ini lebih tersusun,” katanya.


Kakitangan FG Media rakam memori majlis hari raya FG Media.


Berbeza dengan tahun lalu, Lina turut menggambarkan suasana sambutan tahun ini sebagai lebih santai dan meriah dengan iringan lagu raya moden dimainkan sebagai lagu latar.


Majlis hari raya itu juga diserikan lagi dengan barisan juadah klasik Hari Raya Aidilfitri seperti lemang, nasi impit, kuah kacang, roti jala dan kari ayam serta kuih-muih popular seperti Almond London, biskut Red Velvet dan Cornflakes Madu.


Hidangan yang memenangi hati jemputan majlis hari raya.


Pada acara itu,  hidangan rendang ayam yang dibawa oleh Chansey Khaw dinobatkan sebagai hidangan terbaik oleh Cindi dan Lina manakala brownies sebagai pencuci mulut terbaik.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

18 Apr 2025

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:21

mosque
imsak

Imsak

05:48:00

fajr

Fajr

05:58:00

syuruk

Syuruk

07:06:00

dhuhr

Dhuhr

13:15:00

asr

Asr

16:28:00

maghrib

Maghrib

19:21:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase