Back To All

May 07, 2025 4PM

Malaysia teroka pasaran Halal baharu, tangani tarif balas AS

Kerajaan kini giat meneroka pasaran baharu terutamanya dalam Majlis Kerjasama Negara-Negara Arab Teluk (GCC) dan Asia Selatan bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab Halal global.

 

Ini susulan penguatkuasaan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) sebanyak 24 peratus ke atas produk eksport tempatan yang diumumkan oleh Presiden AS, Donald J. Trump pada 2 April yang lalu.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi padanan perniagaan serta penyertaan dalam ekspo antarabangsa bagi memangkin pertumbuhan eksport dan membuka peluang baharu untuk usahawan tempatan. 

 

“Sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, saya memandang serius cabaran yang dihadapi komuniti desa akibat ketidaktentuan perdagangan global.

 

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi MPIH banyak bekerjasama dengan JAKIM dan HDC dalam memperkenalkan sektor halal negara ke persada dunia (kredit foto: Malaysiakini)


“Ramai penduduk luar bandar secara tidak langsung bergantung pada sektor E&E, kelapa sawit, getah, dan pertanian, dengan AS antara pasaran utama negara. 


“Justeru, saya yakin usaha kerajaan ini bukan sahaja berunding mengurangkan tarif, tetapi juga membuka pasaran baharu di ASEAN, Timur Tengah, Mesir, Pakistan, dan Kemboja amat penting bagi melindungi pendapatan dan kelangsungan hidup mereka yang terkesan,” katanya pada sebuah hantaran di Facebook.

 

Menurut Ahmad Zahid, nilai eksport Halal negara pada tahun lalu yang mencecah RM61.79 billion sekaligus mengekalkan Malaysia pada kedudukan pertama dalam Indeks Ekonomi Islam Global selama 10 tahun berturut-turut, ini membuktikan kemampuan negara sebagai peneraju industri Halal dunia. 

 

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) itu menjangkakan permintaan antarabangsa terhadap produk eksport negara, khususnya barangan halal akan terjejas akibat kelembapan ekonomi berikutan dasar tarif AS. 

 

Kenyataan Rasmi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kredit foto: Facebook Ahmad Zahid)


Beliau berkata, hal itu akan memberi tekanan terhadap pengusaha-pengusaha industri tempatan.


“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) akan memastikan usahawan Halal, khususnya di desa, akan terus menembusi pasaran global. 

 

“InsyaAllah, RM50 juta telah diperuntukkan kepada MATRADE untuk mempercepat usaha ini dan membuka akses ke pasaran antarabangsa yang lebih luas,” katanya.

 

Pendekatan itu merupakan antara langkah yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Sidang Khas Parlimen pada 5 Mei lalu bagi menangani kesan tarif balas yang dikenakan oleh AS ke atas Malaysia.


Pembangunan TVET akan memacu ekonomi digital dan elektronik yang mampan (kredit foto: Pejabat Perdana Menteri)


Ahmad Zahid berkata, kerajaan mempamerkan komitmen yang tinggi dalam mempertahankan kepentingan negara dengan menubuhkan Pusat Penyelarasan Geo-Ekonomi Negara (NGCC) supaya Malaysia kekal berdaya saing di mata dunia.

 

Pengerusi Majlis TVET Negara itu juga komited dalam memperkasakan institusi-institusi TVET negara terutamanya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau dan pendigitalan untuk membentuk lebih banyak kerjasama antarabangsa, 

 

“Keutamaan kita adalah untuk memastikan lebih ramai belia desa mendapat akses kepada latihan TVET yang relevan dan berkualiti, seterusnya meningkatkan penyertaan mereka dalam sektor-sektor bernilai tinggi yang akan memacu ekonomi masa hadapan,” katanya. 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

08 May 2025

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:33

mosque
imsak

Imsak

05:42:00

fajr

Fajr

05:52:00

syuruk

Syuruk

07:02:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:33:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase