Back To All

May 06, 2025 5PM

Popemobile Paus Francis kini klinik bergerak bantu kanak-kanak Gaza

Susulan kematian Paus Francis pada 21 April lalu, salah satu kereta popemobile paus terkenal itu akan diubah suai menjadi unit kesihatan bergerak khusus untuk kanak-kanak di Gaza.

 

Memetik sumber, CNN melaporkan Francis mewariskan popemobile yang pernah dinaikinya pada 2014 bagi menziarahi organisasi bantuan Katolik Caritas Jerusalem untuk digunakan dalam misi kemanusiaan di Gaza.

 

Francis meminta kenderaan tersebut dimanfaatkan untuk membantu kanak-kanak di Palestin yang cedera dan kebuluran akibat dilanda perang.

 

Setiausaha Agung Caritas Sweden, Peter Brune berkata, Caritas kini dalam usaha mengubah suai kereta tersebut untuk menjadi stesen kesihatan bergerak, lengkap dengan peralatan perubatan untuk diagnosis, pemeriksaan, rawatan kanak-kanak dan bekalan lain.


‘Popemobile’ milik Paus Francis yang akan ditukar menjadi unit kesihatan bergerak (kredit foto: Khaosod English)


Menurut Caritas, klinik beroda baharu itu akan dikendalikan oleh doktor serta unit perubatan dan akan dihantar ke komuniti yang kekurangan akses fasiliti kesihatan sebaik sahaja laluan ke Gaza selamat.

 

“Ia bukan sahaja sebuah kenderaan, tetapi ia adalah mesej bahawa dunia masih tidak lupakan kanak-kanak di Gaza,” katanya.

 

Sepanjang perkhidmatan Francis, beliau juga telah menyeru gencatan senjata bagi kedua-dua konflik antara Rusia-Ukraine dan Israel-Hamas dalam pelbagai majlis dengan kali terakhir beliau melakukan demikian pada Hari Paskah iaitu sehari sebelum kematiannya. 

 

Francis atau nama sebenarnya Jorge Mario Bergoglio  juga telah membuat panggilan hampir setiap malam ke Gereja Holy Family iaitu satu-satunya gereja di Gaza yang berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi komuniti Katolik dan Muslim sepanjang serangan tentera Israel sejak 7 Oktober 2023.


Paus Francis memainkan adengan kelahiran Jesus yang dibaluti kain keffiyeh (kredit foto: Malaysiakini)


Beliau turut mencetuskan kontroversi pada tahun lalu apabila beliau memaparkan adegan kelahiran bayi Jesus dengan dibaluti kain keffiyeh, iaitu pakaian tradisional rakyat Palestin yang kini menjadi simbol gerakan dan aktivisme pro-Palestin. 

 

Bagaimanapun, Vatican menurunkan paparan sempena sambutan Hari Natal itu sejurus selepas ia dinaikkan untuk tontonan umum.

 

Dalam perkembangan lain, sebuah mesyuarat yang mengumpulkan badan jemaah para Kardinal atau dikenali sebagai Konklaf akan diadakan esok bagi memilih dan mengundi pengganti Francis.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

08 May 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:42

mosque
imsak

Imsak

05:42:00

fajr

Fajr

05:52:00

syuruk

Syuruk

07:02:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:33:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase