Back To Halal News

Aug 16, 2024 2PM

Hock Kee Kopitiam: Menyatukan Nostalgia dan Halal dalam Setiap Suapan

Hock Kee Kopitiam Cawangan Kota Damansara, Selangor, Malaysia

 

Hock Kee Kopitiam kini sudah mendapat pensijilan halal bagi tiga cawangan mereka di Johor Bahru dan di dalam proses mendapatkan pensijilan halal bagi cawangan-cawangan mereka yang lain.


Sesi temubual eksklusif Evelynn bersama Pengarah Kreatif Kinihalal, Nadyatul Shima 

 

Hasil dari temubual Kinihalal bersama Evelynn Ng Yit Teng, Timbalan Pengurus Operasi Hock Kee Kopitiam, pensijilan halal dari JAKIM adalah penting  kerana ia bukan sahaja menunjukkan bahawa kopitiam tersebut adalah mesra Muslim, tetapi juga mencerminkan usaha mereka dalam menyediakan sajian yang bersih dan selamat serta mematuhi keperluan syariah orang Islam.

 

“Pensijilan halal ini bukan sahaja untuk mempromosikan kami sebagai halal dan mesra Muslim tetapi ia juga menunjukkan yang kami telah mengikut SOP dan memastikan cara penyediaan makanan adalah bersih dah selamat untuk disajikan kepada semua orang”, katanya. 

 

Pekerja-pekerja Hock Kee Kopitiam cawangan Kota Damansara 

 

Hock Kee Kopitiam merupakan sebuah kopitiam yang menyediakan rasa nostalgia hidangan Malaysia dan Nanyang dan memastikan restoran mereka mematuhi dengan tegas mengikut keperluan pengesahan Sijil Pengesahan JAKIM Malaysia. 

 

Antara menu yang paling digemari adalah Hock Kee Fried Noodles yang lebih ke arah rasa masin walaupun secara tradisional hidangan ini lebih kepada rasa manis. 

 

Menu-menu yang disajikan di Hock Kee Kopitiam

 

Menu lain yang patut dicuba ialah Nasi Lemak Banjir yang dihidangkan bersama ayam kari  yang pekat dan lazat serta sambal sotong yang pedas dan manis menjadikan gabungan kedua-dua lauk ini saling melengkapi antara satu sama lain serta tauhu Thai buatan mereka sendiri yang segar dan menyelerakan.

 

Nasi Lemak Banjir 



Tauhu Thai buatan sendiri di Hock Kee Kopitiam

 

Hock Kee Kopitiam merupakan tempat yang bagus bukan sahaja untuk menjamu selera tetapi juga untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

 

Cawangan Hock Kee Kopitiam yang sudah mendapat pensijilan halal di Johor Bahru adalah di Toppen Mall, Sutera Utama, dan Taman Molek.

 

Manakala cawangan Kota Damansara, Bangsar South, dan City Square, pengesahan sijil halal masih di peringkat permohonan.


Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]

 

Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.

 

Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

10 Apr 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:51 (11 Apr 2025)

mosque
imsak

Imsak

05:51:00

fajr

Fajr

06:01:00

syuruk

Syuruk

07:09:00

dhuhr

Dhuhr

13:17:00

asr

Asr

16:25:00

maghrib

Maghrib

19:22:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase