May 22, 2026 3PM
Pemenang Anugerah Halal: VitaHealth menjamin kualiti dengan kempen “Pilih Halal, Pilih VitaHealth”
VitaHealth jenama suplemen kesihatan yang dipercayai, secara rasminya melancarkan inisiatif utama “Pilih Halal, Pilih VitaHealth”. Kempen ini bertujuan memperkukuhkan keyakinan pengguna dengan mengetengahkan rangkaian lengkap suplemen kesihatan jenama ini yang diperakui Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Melalui pematuhan standard halal yang teliti di sepanjang rantaian pengeluaran, termasuk pemilihan bahan mentah, formulasi, pembuatan, pembungkusan dan logistik, VitaHealth terus memastikan produk berkualiti tinggi serta mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Kempen tersebut telah dilancarkan di Atas Cafe, Kota Bharu oleh Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth (Malaysia & Singapura), Dr. KS Beh bersama Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia, Foo Hwei Jiek. Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran penyanyi Dikir Barat Kelantan, Mohamad Hafizzudin Md Yusof serta pendakwah, Muallim Muda Shamsul Aiman.
Ketika merasmikan pelancaran kempen tersebut, Dr. KS Beh berkata inisiatif “Pilih Halal, Pilih VitaHealth” mencerminkan komitmen dan tanggungjawab jenama itu dalam memastikan integriti Halal dipelihara di setiap peringkat operasi.

(Dari kiri) Pendakwah Islam Muallim Muda Shamsul Aiman, Dr. KS Beh (Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth Malaysia & Singapore), Foo Hwei Jiek (Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia) dan Penyanyi Dikir Barat Kelantan Mohamad Hafizzudin Md Yusof, pada majlis pelancaran “Pilih Halal, Pilih VitaHealth”.
“Halal bukan sekadar memenuhi tuntutan agama,” jelas Dr. Beh. “Ia juga merupakan piawaian yang diiktiraf di peringkat global dalam aspek keselamatan, kebersihan, ketelusan dan kawalan kualiti yang ketat. Standard ini memberi keyakinan dan ketenangan kepada bukan sahaja pengguna Muslim, malah semua rakyat Malaysia yang mengutamakan keselamatan serta keberkesanan produk.”
Kepimpinan VitaHealth dalam kecemerlangan Halal turut diiktiraf baru-baru ini apabila jenama tersebut merangkul Anugerah Platinum SOBA Best Halal Product. Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kredibiliti VitaHealth dalam industri serta memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap jenama tersebut. Pencapaian ini juga menjadi bukti komitmen berterusan VitaHealth dalam memastikan aspek keselamatan, ketelusan dan integriti produk sentiasa menjadi keutamaan dalam rangkaian suplemen kesihatannya.
Dengan lebih 70 tahun kepercayaan pengguna, VitaHealth menawarkan rangkaian lengkap suplemen kesihatan yang diperakui Halal oleh JAKIM, memenuhi keperluan kesihatan bagi pelbagai peringkat usia dan gaya hidup. Melalui kawalan kualiti yang ketat serta pematuhan menyeluruh terhadap piawaian Halal dan regulatori, VitaHealth terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama kesihatan harian yang dipercayai oleh rakyat Malaysia.
Kerjasama strategik antara VitaHealth dan Watsons ini meningkatkan kemudahan mendapatkan suplemen Halal yang diperakui di seluruh negara, sekali gus memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap produk kesihatan premium yang bukan sahaja sangat berkesan, malah selaras dengan nilai-nilai komuniti.

VitaHealth dan Watsons Malaysia meraikan pelancaran rasmi kempen “Pilih Halal, Pilih VitaHealth” bersama KOL dan rakan-rakan media.
“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan No.1, Watsons komited dalam membina persekitaran peruncitan yang dipercayai dengan mengutamakan kualiti, ketelusan dan keyakinan pengguna. Kerjasama kami bersama VitaHealth mencerminkan tanggungjawab bersama untuk menyediakan penyelesaian kesihatan bersijil Halal yang mudah didapati serta memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berkembang. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan jenama yang mengekalkan piawaian pematuhan tinggi sambil menyokong komuniti yang lebih sihat,” kata Caryn Loh.
Kini boleh didapati di cawangan Watsons di seluruh negara, rangkaian suplemen VitaHealth yang disahkan Halal memastikan penyelesaian kesihatan premium dan dipercayai sentiasa mudah diperoleh, sekali gus memberikan keyakinan berterusan kepada rakyat Malaysia dalam perjalanan kesejahteraan harian mereka.
Sumber: VitaHealth
Waktu Solat
22 May 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:23

