Back To All

Jun 26, 2025 6PM

INSP MIHAS pacu dagangan Halal global, RM4.5b sasaran baharu

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MARTRADE) menyasarkan nilai urus niaga perdagangan halal global sebanyak RM4.5 bilion dengan penyertaan 450 pembeli antarabangsa melalui Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).

 

Martrade berkata, jumlah tersebut terdiri daripada 250 pembeli fizikal, 150 pembeli sesi maya serta 50 pembeli premium.

 

INSP akan diadakan bersempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2025) edisi ke-21 dengan sesi fizikal buat julung kali di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC).

 

“Bagi format hibrid, sesi maya akan berlangsung dari 1 April hingga 5 Nov, manakala sesi fizikal akan diadakan di MITEC pada 17 Sept,” katanya seperti dilapor Bernama.

 

Pengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, MIHAS dijangka mencapai kejayaan lebih besar berdasarkan momentum kukuh daripada MIHAS 2024 yang pernah mencatatkan jualan RM4.3 bilion dan menerima lebih 43,000 pengunjung dari 90 negara.

 

“Dengan peningkatan sasaran kepada RM4.5 bilion perdagangan halal dan 45,000 pengunjung antarabangsa, kami memperhebat impak global menerusi rangkaian lebih pintar yang dipacu teknologi.

 

“Teras kepada usaha ini ialah Platform Perdagangan Digital MADANI berasaskan kecerdasan buatan (AI), yang direka untuk memudah cara padanan strategik dan lancar antara pembeli antarabangsa secara fizikal dan maya, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam ekonomi halal,” katanya.

 

INSP MIHAS 2025 itu akan menampilkan penyertaan pengeksport daripada 19 sektor termasuk hasil pertanian, pakaian, minuman, makanan, produk berasaskan minyak sawit, farmaseutikal, kelengkapan penjagaan diri dan kosmetik, serta jentera dan peralatan.

 

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 15 Julai 2025 untuk sesi fizikal dan 5 Nov 2025 bagi sesi maya.





Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

26 Jun 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:44 (27 Jun 2025)

mosque
imsak

Imsak

05:43:00

fajr

Fajr

05:53:00

syuruk

Syuruk

07:06:00

dhuhr

Dhuhr

13:19:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:28:00

isha

Isha

20:44:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase