Mar 30, 2026 8PM
Iran tuntut pampasan atas kerugian akibat serangan AS-Israel
Iran menuntut pampasan atas kerugian yang dialaminya susulan serangan berterusan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menurut jurucakap kerajaan Iran, Fatemeh Mohajerani, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
Dalam wawancara bersama Al Jazeera, Mohajerani menegaskan bahawa Iran tidak memulakan konflik tersebut, namun terpaksa menanggung kerugian besar, termasuk kehilangan nyawa serta kerosakan pada kediaman dan infrastruktur awam.

Beliau berkata, tuntutan pampasan akan menjadi antara agenda utama dalam sebarang rundingan, selain isu kawalan Selat Hormuz dan penarikan sekatan yang turut perlu diberi perhatian.
“Kami bersedia untuk bergerak ke arah keamanan yang mampan,” katanya.
Waktu Solat


31 Mar 2026
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:20

















