Mar 30, 2026 6PM
Sarawak perhebat pensijilan halal libatkan usahawan, pemain industri, pengusaha makanan
Bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk tempatan serta memperkukuh ekosistem Islam, Sarawak terus memperhebat usaha memperluas pensijilan halal di seluruh wilayah.
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha berkata, pelbagai program pensijilan halal sedang giat dilaksanakan, melibatkan pemain industri, usahawan dan pengusaha makanan di wilayah tersebut.
Menurutnya, inisiatif itu bukan sahaja memastikan pematuhan standard halal, malah memacu pertumbuhan ekonomi melalui penyertaan lebih ramai usahawan tempatan dalam industri halal.

Datuk Misnu Taha berkata pelbagai program pensijilan halal sedang giat dilaksanakan melibatkan pemain industri, usahawan dan pengusaha makanan di wilayah tersebut
“Untuk makluman semua juga, kita giat melaksanakan program pensijilan halal yang diadakan di seluruh Sarawak. Pada masa sama, kakitangan terlibat akan turun ke semua pasar raya di Sarawak untuk menggalakkan penyertaan dalam program ini demi memastikan makanan yang ditawarkan halal dan bersih,” katanya dipetik TVS.
Misnu berkata, penglibatan tenaga kerja tempatan dalam sektor halal turut diperkukuh menerusi latihan dan program sokongan, sekali gus mempertingkat keupayaan negeri membangunkan industri berkenaan secara mampan.
Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa pensijilan halal bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi turut berfungsi sebagai penanda aras kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan.
Waktu Solat


31 Mar 2026
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:20

















