Back To All

Dec 24, 2024 10AM

MoU QGB dan Invest Kedah Berhad, bakal letak Kedah hab halal serantau

Qew Group Berhad (QGB) telah memeterai Memorandum Persefahaman strategik  di antara Communication 21 Media Group dan Invest Kedah Berhad, yang didokong oleh ASEAN Chamber of Commerce and Industry (ACCI) and the Global Confederation of Belt and Road Economic Cooperation (GC-BREC). 


Ditandatangani pada 18 Disember 2024 sempena Sidang Kemuncak Malaysia China bertujuan untuk meletakkan Kedah sebagai hab pelaburan serantau yang terkemuka, terutamanya dengan melibatkan pelabur dari China.



MoU itu menggariskan rangka kerja komprehensif untuk mempromosikan potensi Kedah dalam sektor seperti pembuatan, tenaga boleh diperbaharui dan teknologi. Ia juga bakal mengadakan perkongsian rentas sempadan antara industri di ASEAN dan China dengan memanfaatkan platform seperti ASEAN-Connect dan rangkaian luas ACCI dan GC-BREC. Usaha ini dijangka meningkatkan profil perindustrian Kedah, menarik pelabur global dan memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.

 

Sebagai rakan strategik Invest Kedah Berhad, QGB memberi komitmen dalam  inisiatif ini melalui projek utamanya—Taman Perindustrian Bersepadu Pintar QEW di Bukit Kayu Hitam, Kedah. 

 

Bakal diletakkan sebagai Hab Halal komprehensif, untuk memenuhi keperluan industri halal semakin berkembang di seluruh ASEAN dan seterusnya.

 

"MoU ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Kedah sebagai destinasi pelaburan utama tetapi juga menyediakan platform yang sangat baik untuk mempromosikan tanah perindustrian seluas 258 ekar kepada pelabur dari China," kata Ketua Strategik dan Pelaburan Kumpulan QGB ,Azwah Md Noor. 

 

Melalui Communication 21 Media Group dan rangkaian Dewan Perniagaan China, inisiatif ini akan membantu membuka peluang pertumbuhan yang besar untuk rantau ini.

 

Kerjasama ini diunjurkan menghasilkan penjualan tanah perindustrian seluas 150 ekar, dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak USD 65.3 juta (kira-kira RM294 juta). 

 

Hasil ini akan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pembangunan Taman Perindustrian Bersepadu Pintar QEW, yang dijadualkan memulakan pembinaan pada suku pertama 2025.

 

Qew Group Berhad memainkan peranan penting dalam kerjasama transformatif ini, bagi membuka jalan kepada meningkatkan pelaburan dan industri di Kedah sebagai pemain utama dalam landskap pelaburan ASEAN, ASIA & Global.




Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

25 Dec 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:54 (26 Dec 2024)

mosque
imsak

Imsak

05:53:00

fajr

Fajr

06:03:00

syuruk

Syuruk

07:14:00

dhuhr

Dhuhr

13:16:00

asr

Asr

16:39:00

maghrib

Maghrib

19:13:00

isha

Isha

20:28:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase