Back To All

Jan 09, 2026 8PM

Produk perikanan Indonesia diperkukuh dengan pensijilan halal

Kementerian Kelautan dan Perikanan (KPP) Indonesia sedang memperkukuhkan jaminan kualiti produk perikanan melalui pensijilan halal hasil kerjasama dengan Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH).

 

Langkah ini menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan produk perikanan Indonesia bukan sahaja selamat dan berkualiti tinggi, tetapi juga diiktiraf halal selaras dengan Undang-Undang Jaminan Produk Halal.

 

Ketua Badan Pengendalian dan Pengawasan Mutu Hasil Kelautan dan Perikanan Ishartini, menegaskan bahawa pensijilan halal memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya saing serta penerimaan komoditi biologi, termasuk produk perikanan.

 

"Ia juga bertujuan untuk memberi jaminan dan ketenangan fikiran kepada pengguna tempatan bahawa produk tersebut telah melalui setiap peringkat proses pengeluaran halal," katanya dipetik Antara News.

 

Kerjasama antara kedua-dua institusi telah dimeterai dalam satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Jakarta pada 7 Januari lalu.


 

Perjanjian tersebut merangkumi kerjasama dalam sosialisasi, pendidikan, serta penyebaran dasar jaminan produk halal. 

 

Langkah itu dijangka dapat meningkatkan pemahaman orang awam dan peniaga mengenai kepentingan jaminan halal di setiap peringkat pengeluaran. 

 

Selain itu, kerjasama berkenan turut meliputi pengukuhan daya saing produk marin dan perikanan melalui pensijilan halal, penyeliaan jaminan produk halal, serta penggunaan makmal ujian kualiti bagi menyokong proses pensijilan.

 

Ishartini berkata, kerjasama antara kementeriannya dengan BPJPH akan memperkukuhkan kualiti produk perikanan Indonesia untuk bersaing di pasaran global dengan jaminan halal yang jelas.

 

KPP menegaskan bahawa ia telah menerapkan piawaian antarabangsa yang kukuh dan konsisten, dengan produk Indonesia kini dapat menembusi pasaran global dan diterima di 147 negara.

 

Sementara itu, Ketua BPJPH, Ahmad Haikal Hasan menekankan bahawa pensijilan halal memainkan peranan penting, bukan sekadar sebagai satu bentuk pematuhan peraturan, tetapi juga sebagai instrumen strategik untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

 

Beliau menambah bahawa intipati halal terletak pada prinsip keterbukaan dan ketelusan, yang memberikan kebolehkesanan dan membina kepercayaan pengguna.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

10 Jan 2026

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:21

mosque
imsak

Imsak

06:01:00

fajr

Fajr

06:11:00

syuruk

Syuruk

07:21:00

dhuhr

Dhuhr

13:23:00

asr

Asr

16:46:00

maghrib

Maghrib

19:21:00

isha

Isha

20:35:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase