Back To All

Dec 17, 2024 7PM

TH perkenal Buku Rekod Rawatan Digital jemaah haji

Jemaah haji yang bakal menunaikan ibadah itu pada musim 1446h/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji ( BRRJH).

 

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Th, Syed Hamadah Syed Othman berkata, BRRJH disediakan dalam bentuk digital bagi memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan, menjimatkan masa dan tenaga selain memastikan rekod kesihatan mudah diakses semasa di Tanah Suci Mekah.

 

Menurutnya, tahun lalu, bakal jemaah yang menerima surat tawaran melalui aplikasi THiJARI dikehendaki hadir ke pejabat cawangan terdekat bagi mendapatkan BRRJH secara fizikal.

 

Tambahnya, surat tawaran haji kepada 31, 600 bakal jemaah musim berkenaan dikeluarkan secara berperingkat mulai semalam.

 

Beliau berkata, bakal jemaah boleh membuat semakan melalui aplikasi THiJARI dan memuat turun surat tawaran melalui semakan laman sesawang www.thijari.com.my.


Syed Hamadah berkata BRRJH disediakan dalam bentuk digital bagi memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan, menjimatkan masa dan tenaga


“Seterusnya, mereka boleh melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan berdaftar dengan TH dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dikehendaki untuk membawa bersama kad pengenalan dan Surat Tawaran Tunai Haji (softcopy/hardcopy),” katanya.

 

Syed Hamadah berkata, selain itu, bakal jemaah akan menerima notifikasi mengenai status kesihatan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel dan di aplikasi THiJARI selepas mereka selesai menjalani saringan kesihatan, dan boleh melengkapkan proses terima tawaran haji melalui laman web THiJARI.

 

Menurutnya, proses pengisian maklumat oleh bakal jemaah dan pegawai perubatan semuanya dilakukan dalam sistem yang diintegrasikan bersama sistem KKM untuk mendapatkan butiran penuh tahap kesihatan bakal jemaah serta status vaksinasi.

 

“Kini, bakal haji tidak perlu lagi untuk membawa BRRJH secara fizikal ke Tanah Suci kerana semua maklumat dan status kesihatan terkumpul di dalam satu sistem sekali gus mengurangkan risiko kehilangan buku rekod berkenaan,” katanya.

 

Pada masa sama, beliau berkata pada tahun ini kerajaan Arab Saudi masih mewajibkan bakal jemaah mengambil suntikan vaksin Meningococcal kepada mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan mempunyai penyakit komorbid atau mengalami masalah sistem imun lemah, diwajibkan mengambil vaksin Meningococcal, influenza dan Covid-19.


Bakal haji tidak perlu membawa Buku Rekod Rawatan ke Tanah Suci 


“Buat masa ini, bakal haji disarankan mengambil suntikan vaksin Meningococcal dan influenza setelah lulus pemeriksaan kesihatan manakala bagi vaksin Covid-19, pemakluman mengenai suntikan vaksinasi itu akan dimaklumkan oleh TH/KKM kemudian.

 

“Proses penambahbaikan ini usaha berterusan TH kepada bakal jemaah haji untuk menjimatkan masa, tenaga dan memudahkan urusan dalam proses persiapan menunaikan haji pada tahun akan datang,” katanya.


- BERNAMA 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

22 Dec 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:52

mosque
imsak

Imsak

05:52:00

fajr

Fajr

06:02:00

syuruk

Syuruk

07:13:00

dhuhr

Dhuhr

13:15:00

asr

Asr

16:37:00

maghrib

Maghrib

19:12:00

isha

Isha

20:27:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase