Back To All

Dec 12, 2024 9PM

Beberapa dapur Shangri-La Kuala Lumpur terima sijil halal Jakim

Hotel Shangri-La Kuala Lumpur menerima pensijilan halal untuk dapur-dapurnya sekali gus meningkatkan komitmen untuk menyediakan makanan berkualiti.

 

Sijil diberikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu memberi jaminan kepada tetamu bahawa hotel berkenaan mematuhi undang-undang Islam dan Standard Halal Malaysia.

 

Pensijilan itu meliputi Operasi Banquet hotel dan Lemon Garden Cafe, sebuah restoran bufet yang terkenal dengan pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa yang luas.

 

Pengurus Besar Shangri-La Kuala Lumpur, Daniel Kaeflein menzahirkan perasaan berbesar hati kerana menerima pensijilan halal daripada Jakim.

 

“Pengiktirafan ini memastikan komitmen kami untuk menawarkan pengalaman menjamu selera yang memenuhi keperluan diet pelanggan yang pelbagai,” katanya dipetik Gaya Travel Magazine. 


Pensijilan halal meningkatkan komitmen Shangri-La Kuala Lumpur untuk menyediakan makanan berkualiti.


Lemon Garden Cafe menawarkan bufet yang meriah dengan stesen memasak yang menampilkan daging panggang segar, piza dan hidangan Melayu.


Restoran tersebut menjamin semua hidangan mematuhi undang-undang pemakanan Islam, membolehkan tetamu menikmati pengalaman bersantap tanpa kebimbangan. 


Selain pilihan tempat makan, Shangri-La Kuala Lumpur menyediakan rangkaian jamuan dan perkhidmatan katering untuk pelbagai acara.


Banquet Kitchen diperakui untuk penyediaan makanan halal, memastikan semua penawaran memenuhi piawaian halal. 


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

22 Dec 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:52

mosque
imsak

Imsak

05:52:00

fajr

Fajr

06:02:00

syuruk

Syuruk

07:13:00

dhuhr

Dhuhr

13:15:00

asr

Asr

16:37:00

maghrib

Maghrib

19:12:00

isha

Isha

20:27:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase