Back To All

May 28, 2025 3PM

Eksport tuna Halal di ASEAN meningkat, Vietnam perlu polisi lebih kukuh

Persatuan Pengeksport dan Pengeluar Makanan Laut Vietnam (VASEP) berkata, negara itu mencatatkan peningkatan jumlah eksport tuna dalam pasaran Halal seperti Timur Tengah, Malaysia dan Brunei.

 

VASEP dalam sebuah kenyataan berkata, pihaknya yakin bahawa pasaran Halal ialah satu peluang yang baik buat industri tuna khususnya di Vietnam.

 

"Ini akan menjadi peluang buat pengusaha tuna Vietnam untuk mengembangkan pasaran eksport mereka apabila berdepan kesukaran mengeksport ke pasaran besar lain seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah (EU),” katanya seperti dilapor Viet Nam News.

 

Untuk rekod, peningkatan eksport tuna dari Vietnam ke Timur Tengah bertambah sejak empat tahun kebelakangan ini.


Malaysia antara pengimport makanan laut terbesar Vietnam pada tahun 2023 (kredit foto: Seafood Media)


Perolehan eksport dalam pasaran ini mencatatkan pertumbuhan daripada AS$83 juta (RM352 juta) pada 2021 ke AS$113 juta (RM480 juta) tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 35 peratus.

 

Sungguhpun ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah mempengaruhi eksport Tuna ke rantau itu, blok pasaran itu masih menjadi pilihan sebagai pasaran berpotensi tinggi untuk tuna Vietnam.

 

Export tuna ke pasaran Halal lain misalnya Malaysia dan Brunei turut bertambah iaitu masing-masing sebanyak 36 peratus dan 24 peratus tahun lalu.

 

Kini, lebih dua billion Muslim tinggal di 112 negara dan kawasan, mewakili 25 peratus jumlah keseluruhan populasi dunia dengan majoriti antara mereka sebanyak 62 peratus menetap di Asia khususnya blok ASEAN.


Malaysia menjadi tempat tinggal untuk 22.29 juta penduduk Muslim, manakal Indonesia di tangga pertama merekodkan 241.52 juta penduduk Muslim (kredit foto: Pexels)


Rantau Asia-Pasifik itu merupakan tempat tinggal bagi populasi Muslim terbesar dunia yang menggunakan 63 peratus produk Halal lalu, menjadikan mereka pusat pasaran yang dinamik ini.

 

Kedudukan Vietnam yang strategik dianggap ‘pintu masuk’ untuk menembusi pasaran yang besar itu.

 

Bagaimanapun, produk Halal Vietnam diramalkan akan mendapat saingan sengit daripada produk serupa keluaran negara-negara lain yang mempunyai banyak pengalaman dan prestij dalam bidang ini.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

31 May 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:39

mosque
imsak

Imsak

05:39:00

fajr

Fajr

05:49:00

syuruk

Syuruk

07:01:00

dhuhr

Dhuhr

13:14:00

asr

Asr

16:38:00

maghrib

Maghrib

19:22:00

isha

Isha

20:37:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase