Back To All

May 15, 2025 5PM

Anwar bertukar al-Quran dengan Mufti Besar Rusia, eratkan ukhuwah dan sebar ajaran Islam

Selepas perjumpaan rasmi bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan lawatannya untuk bertemu dengan Mufti Besar Rusia, Sheikh Ravil Gaynutdin hari ini.

 

Anwar berkata, perjumpaan itu bertujuan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan komuniti Islam di Malaysia dan Rusia walaupun berbeza budaya dan sempadan geografi, selain memperkukuh hubungan dengan negara yang mempunyai lebih 25 juta umat Islam itu.

 

"Kami bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama, termasuk usaha memperkukuh institusi Islam, memperluas pertukaran kepakaran, serta memperkasa industri halal di Rusia dengan memanfaatkan kelebihan Malaysia sebagai peneraju pensijilan halal yang diiktiraf dunia,” katanya seperti dilapor Bernama.

 

Menteri Kewangan itu juga merakamkan penghargaan kepada Sheikh Ravil atas peranan aktif beliau dalam mengangkat keharmonian merentasi agama dan membina persefahaman antara masyarakat majmuk di Rusia.


Anwar bertukar pandangan bersama Sheikh Ravil (kredit foto: Instagram Anwar Ibrahim)


“Ini adalah usaha yang amat berharga dalam dunia yang semakin dicalari perpecahan, kebencian dan prejudis," kata Anwar. 

 

Ketika lawatannya, Anwar berkesempatan menghadiahkan senaskhah al-Quran dengan terjemahan dalam bahasa Rusia kepada Sheikh Ravil sebagai simbol persahabatan dan ikhtiar dakwah.

 

Inisiatif itu sejajar dengan aspirasi MADANI yang ingin mewakafkan sejuta al-Quran ke seluruh dunia untuk memperluas kefahaman terhadap ajaran Islam dan mengatasi gelombang Islamofobia.


Anwar membelek halaman al-Quran pemberian Sheikh Ravil kepada beliau (kredit foto: Instagram Anwar Ibrahim)


Sebagai balasan, Sheikh Ravil yang juga Pengerusi Lembaga Agama Islam Persekutuan Rusia menghadiahkan senaskhah al-Quran mushaf Uthmani dari Uzbekistan kepada Perdana Menteri.

 

Kitab tersebut mempunyai nilai sejarah serta simbolik dengan kelangsungan ilmu dan warisan keindahan Islam yang merentasi benua dan zaman.

 

Anwar kini dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Rusia bermula 13 Mei atas undangan Putin. Beliau dijadualkan meneruskan segmen kedua lawatan dengan berkunjung ke Kazan, Tatarstan hari ini.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

16 May 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:40

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

07:01:00

dhuhr

Dhuhr

13:12:00

asr

Asr

16:35:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:33:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase