Back To All

Jan 29, 2026 8PM

Di Sebalik ZUS Ngupi®: Inspirasi Kopitiam Malaysia

ZUS COFFEE memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang bakal tiba dengan acara KONGSI ZUS COFFEE di Sunway Pyramid, sebuah perhimpunan yang meraikan kebersamaan berteraskan budaya unik rakyat Malaysia, iaitu mengupi bersama.


Acara ini turut menandakan pelancaran rasmi ZUS Ngupi® 2-dalam-1 Kopi Putih Segera tanpa gula, varian terbaru dalam rangkaian kopi segera ZUS Ngupi® yang diinspirasikan daripada cita rasa klasik Malaysia. Pelancaran ini mencerminkan komitmen ZUS COFFEE untuk menjadikan kopi berkualiti tinggi lebih mudah dinikmati oleh semua, melalui penggunaan bahan premium pada harga yang berpatutan.



Bermula pada tahun 2019 dengan pembukaan cawangan pertamanya di Kuala Lumpur, ZUS COFFEE kemudiannya melangkah ke segmen barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang. Hari ini, selain menikmati kopi bancuhan segar di kafe ZUS COFFEE, pencinta kopi juga boleh mendapatkan produk FMCG ZUS COFFEE di seluruh negara menerusi lebih 23,000 titik pengedaran.


Evolusi Daripada Coffee Kepada Kopi


Ketua Perniagaan ZUS COFFEE bagi FMCG, Ng Chun How, berkata, “Acara berskala besar ZUS Ngupi® yang julung kali diadakan hari ini merupakan satu pencapaian penting buat kami. 


Fokus utama kami adalah sentiasa untuk menghubungkan komuniti melalui produk yang dekat di hati pengguna. “Melihat ZUS Ngupi® berkembang daripada sekadar produk kepada satu pengalaman yang dikongsi bersama amat bermakna buat kami. Kami teruja untuk terus mengembangkan jenama ini dan membina hubungan yang lebih kukuh, satu cawan pada satu masa,” tambah beliau.



Rangkaian ZUS Ngupi® hadir dalam empat perisa tempatan yang unik: Klasik, Kopi Tarik, Kopi Putih dan Kopi Coklat, dihasilkan menggunakan teknologi hak milik sendiri, TRIBLENDLOC™, yang menggabungkan biji kopi Liberica tempatan bagi menghasilkan rasa yang benar-benar Malaysia.


Meraikan Kebersamaan Melalui Secawan Kopi


Diadakan menjelang Tahun Baharu Cina dan bulan suci Ramadan, acara KONGSI ZUS COFFEE mencerminkan semangat kebersamaan seperti nilai berkongsi dan keakraban bersama komuniti yang disatukan melalui secawan kopi. 


Dari 29 Januari hingga 2 Februari 2026 di Blue Concourse, Sunway Pyramid, pengunjung boleh menikmati pengalaman kopi yang interaktif serta mengenali lebih dekat cerita di sebalik ZUS Ngupi®, yang diinspirasikan oleh budaya mengopi di kopitiam kegemaran rakyat Malaysia. Sejajar dengan semangat kebersamaan, barangan edisi terhad eksklusif acara serta promosi istimewa turut ditawarkan sepanjang acara lima hari ini.



Ajak rakan dan keluarga, dan jom mengupi bersama ZUS COFFEE sambil merasai kesemua perisa ZUS Ngupi®, serta mencipta kenangan manis yang berkekalan.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

31 Jan 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

06:08

mosque
imsak

Imsak

06:08:00

fajr

Fajr

06:18:00

syuruk

Syuruk

07:26:00

dhuhr

Dhuhr

13:29:00

asr

Asr

16:51:00

maghrib

Maghrib

19:28:00

isha

Isha

20:40:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase