Back To All

Jul 23, 2025 4PM

HCTM (UKM): JAKIM diarah siasat syarikat pembekal makanan tiada sijil halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarahkan menyiasat secara terperinci sebuah syarikat katering tiada sijil halal susulan ia dianugerahkan kontrak membekalkan makanan di sebuah hospital kerajaan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, beliau kini menunggu laporan siasatan daripada JAKIM sebelum mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

 

"Saya memang sudah  mengarahkan Ketua Pengarah JAKIM untuk tengok isu itu dan beliau akan maklum (hasil laporan) kepada saya. 

 

“Saya tidak boleh hendak respons sampai saya dapat laporan beliau," katanya seperti dipetik Bernama.

 

Terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  menganugerahkan syarikat tersebut kontrak katering bernilai RM25.64 juta.


Sebanyak 12 petender telah menyertai perolehan ini namun hanya dua syarikat yang lulus penilaian teknikal. (kredit foto: Malaysiakini)


Menurut laporan berkenaan, syarikat yang hanya dikenali dengan nombor siri 0267299-T itu bertanggungjawab menyediakan makanan untuk pesakit hospital selama tiga tahun dan sudah mula beroperasi sejak Februrari tahun lalu.

 

"Semakan Audit mendapati syarikat yang ditawarkan kontrak berkenaan gagal penilaian teknikal tetapi masih dibawa ke Jawatankuasa Penilaian Kewangan," dedah laporan tersebut.

 

Selain tidak mempunyai sijil halal JAKIM, laporan itu juga mendedahkan syarikat terbabit tidak mempunyai pengalaman serta sijil Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) iaitu sistem pengurusan yang mengiktiraf dan mengawal bahaya dalam rantaian pengeluaran makanan.

 

Selain itu, katanya syarikat itu tidak mempunyai peralatan sajian pesakit yang lengkap, tidak menyediakan jadual perancangan program kualiti, tidak mempunyai bilangan pramusaji yang mencukupi dan tiada demonstrasi berkenaan peralatan.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

26 Jul 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:23

mosque
imsak

Imsak

05:50:00

fajr

Fajr

06:00:00

syuruk

Syuruk

07:11:00

dhuhr

Dhuhr

13:23:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:30:00

isha

Isha

20:44:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase