Back To All

Jul 14, 2025 5PM

Hospital swasta nafi perlu bayar RM8.3 juta dalam tempoh 14 hari

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) nafi perlu membayar sejumlah RM8.3 juta dalam tempoh 14 hari berikutan isu saman kecuaian perubatan oleh seorang pesakitnya yang berlaku 22 tahun lalu.

 

HIAZ menjelaskan isu adalah berkaitan hutang yang belum dilangsaikan dan bukan perkara berkaitan operasi harian hospital yang kini diuruskan oleh hospital baharu.

 

Menurut kenyataan tersebut, kes itu membabitkan seorang bayi pramatang yang telah dilahirkan pada 2003 dan kemudian ia dirujuk ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

 

"Berdasarkan rekod, ibu terbabit bersalin anak beliau pada 14 Jun 2002 manakala, kejadian bagi kelahiran ini adalah pada 26 Februari 2003, iaitu dua kelahiran dalam tempoh 9 bulan.

 

"Ibu kepada bayi datang ke HIAZ dengan keadaan bayi pra-matang pada minggu ke-26 (sekitar 6 bulan setengah) usia bayi. Pakar yang menemui ibu bayi telah melakukan rawatan profesional yang diperlukan," katanya dalam kenyataan.


Bayi berusia 26 minggu kebiasaannya hanya sebesar tapak tangan dan berat dalam lingkungan 600 hingga 800 gram sahaja, yang memerlukan pemantauan sepenuh masa (kredit foto: Malaysiakini)


Tambah HIAZ, kes hanya dibawa ke mahkamah oleh pengadu pada 2018.

 

Terdahulu, sebuah media tempatan melaporkan sebuah hospital swasta, yang dikenakan writ rampasan dan penjualan kerana tidak membayar RM8.32 juta dalam kes kecuaian perubatan, mempunyai masa sehingga 23 Julai untuk menjelaskan jumlah tersebut sebelum barang rampasan dilelong.

 

Akhbar berkenaan turut melaporkan Menteri Kesihatan Dr. Dzulkefly Ahmad mengambil serius dan akan berterusan memantau perkara yang berlaku.

 

HIAZ berkata, sebelum ini, kes dikendalikan pihak pengurusan lama ketika hospital itu masih dikenali sebagai Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah.

 

Kata kenyataan itu lagi, pihak pengurusan lama dalam proses menyelesaikan tuntutan kehakiman yang dibuat oleh pihak berkenaan. 

 

"Kami difahamkan oleh pihak pengurusan lama sudah membayar sejumlah wang yang signifikan bagi penghakiman ini," katanya.


Jumlah penghakiman oleh pihak penuntut hanya melibatkan pengurusan lama HIAZ yang mentadbir hospital ketika kes itu berlaku (kredit foto: Malaysiakini)


Pada masa sama, hospital swasta itu memaklumkan mereka akan mengambil tindakan membantah proses penyitaan yang dilakukan oleh peguam penuntut susulan mendapati terdapat kekhilafan dalam proses tersebut.

 

HIAZ turut turut memandang serius tindakan media terbabit yang didakwa telah mencemarkan reputasi hospital serta memberi tanggapan buruk terhadap pembaca. 

 

"Akhbar terbabit menyiarkan gambar suatu kawasan yang sudah ditutup dengan pita keselamatan sedangkan gambar terbabit bukan penutupan hospital,” katanya.

 

HIAZ menjelaskan pihaknya sudah menghubungi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Kementerian Kesihatan bagi menjelaskan perkara sebenar.

 

Malah katanya, hospital ini kini dikendalikan oleh pengurusan baharu yang segar, komited serta berusaha memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan mereka.

 

“Operasi HIAZ akan berjalan seperti biasa dan kami berterima kasih kepada semua pihak yang terus percaya dan menyokong kami," katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

15 Jul 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:22

mosque
imsak

Imsak

05:48:00

fajr

Fajr

05:58:00

syuruk

Syuruk

07:10:00

dhuhr

Dhuhr

13:22:00

asr

Asr

16:46:00

maghrib

Maghrib

19:30:00

isha

Isha

20:45:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase