Back To All

Jul 07, 2025 6PM

Thailand perkenal sijil penarafan mesra Muslim, bantu hotel tarik pelancong dari negara Islam

Seorang veterinar berusaha melancarkan pensijilan penarafan mesra Muslim bertujuan membantu pengusaha hotel Thailand menarik pengunjung dari negara Islam.

 

Ninareema Binnima berkata, inisiatif itu digerakkan dengan kerjasama Persatuan Perdagangan Muslim Thai (TMTA), organisasi bukan berasaskan keuntungan susulan jurang kemasukan pelancong Muslim dalam pasaran Thailand.

 

Menurut beliau, dia sering mendengar runguta  dalam kalangan usahawan Muslim berhubung kesukaran mencari restoran halal samada di Suvarnabhumi atau lapangan kapal terbang Dong Mueang di Bangkok.

 

Beliau menjelaskan sering mendengar rungutan daripada usahawan Muslim yang sukar menemui restoran halal sama ada di lapangan terbang Suvarnabhumi atau Don Mueang di Bangkok.


“Seorang kenalan terpaksa bertanya kepada kakitangan Muslim di lapangan terbang lalu mereka dibawa makan di kantin pekerja sebagai ganti.

 

“Seorang kenalan pernah bertanya kepada pekerja Muslim di lapangan terbang pernah meminta agar dibawa ke kantin kakitangan. 

 

"Ini imej yang tidak baik untuk Thailand dalam kalangan pelancong Muslim,” katanya seperti dilaporkan oleh Bangkok Post.

 

Projek  rintis pensijilan penarafan mesra muslim itu dilancarkan di Hotel Rembrandt di pusat bandar Bangkok.


Veterinar Thai, Ninareema Binnima (kredit foto: Bangkok Post)


Mengulas berhubung perbezaan di antara hotel mesra muslim dengan hotel disahkan halal, Ninareema berkata, hotel mesra muslim dianggap lebih fleksibel.

 

Menurutnya, pengunjung boleh memilih mengikut kemampuan premis serta memenuhi keperluan tetamu Muslim dan bukan Muslim.

 

“Jika ia adalah hotel disahkan halal, restoran tidak boleh mempunyai barang-barang terlarang seperti daging babi dan alkohol.

 

“Sebaliknya, hotel mesra muslim masih membenarkan hotel untuk menyediakan menu mengandungi daging babi dan beralkohol namun terdapat sebuah sistem yang mengasingkan perkhidmatan itu serta fasiliti pengguna yang jelas mesti ditetapkan,” katanya. 

 

“Cara ini adalah lebih mudah diikuti pengusaha hotel di Thailand, kerana kebanyakannya dikendalikan oleh mereka yang bukan Muslim,” katanya. 

 

Pada Jun, hotel Rembrandt telah diperakui sebagai hotel mesra muslim tahap dua oleh TMTA dalam Global Muslim Travel Index (GMTI), sekali gus menjadi hotel pertama di Thailand yang berkolaborasi dengan badan bukan kerajaan itu.


Rembrandt hotel mesra Muslim tahap dua GMTI pertama Thailand (kredit foto: Rembrandt Hotel)


Namun, perakuan tersebut mempunyai tiga tahap secara keseluruhan dan hotel itu dijangka akan mendapat pengiktirafan penuh sebaik sahaja peraturan dan amalan tertentu ditetapkan pada Ogos.

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pengurusan Aset Rembrandt dan Rembrandt Hotels Corporation, Zaki Baz berkata, sijil tahap 2 memberi penekanan terhadap cadangan tempat pelancongan mesra Muslim bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pengalaman budaya, mesra keluarga dan menghormati nilai keagamaan di Bangkok..

 

Menurut beliau, hotel Rembrandt telah membuat beberapa perubahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini termasuk memasang dapur halal dan latihan kakitangan berasingan.

 

“Kami mengintegrasikan perkhidmatan yang terhadap keperluan Muslim dalam operasi. Kakitangan yang boleh berbahasa Arab disediakan di hotel, dan restoran kami diselia oleh ce Muslim bagi memastikan amalan halal dipatuhi.


Hotel mesra Muslim harus mengasingkan dapur halal dan tidak halal bagi mengelakkan pencemaran bersilang (kredit foto: Freepik)


“Pasukan concierge kami menawarkan bantuan peribadi dengan cadangan lawatan, membeli belah dan tempat makan yang mesra Muslim,” kata Zaki.

 

Bahagian makanan dan minuman (F&B) hotel itu pula dalam proses ke arah pematuhan halal penuh di bawah tahap 3 yang mencerminkan dedikasi mereka terhadap kecemerlangan hospitaliti merentas semua pilihan tetamu.

 

“Kami telah melabur dalam pembangunan sistem dapur halal berasingan bagi memastikan tiada pencemaran silang berlaku, khususnya bahan seperti daging babi,” kata Zaki.

 

Dalam perkembangan lain, rancangan empat tahun Thailand untuk menjadi hab halal ASEAN menjelang 2027 dijangka meningkatkan KDNK dalam sektor perindustrian negara itu sebanyak 1.2 peratus, atau 55 bilion baht, dan menjana 100,000 pekerjaan setiap tahun.

 

Produk halal merangkumi makanan, fesyen, perubatan, kosmetik, perkhidmatan dan pelancongan dipromosikan di bawah 2024-2027 pelan tindakan hab halal.


Taiwan dan Hong Kong adalah antara negara yang sedang pesat membangunkan industri pelancongan Muslim mereka (kredit foto: Freepik)


Timbalan Presiden TMTA, Fuad Gunsun berkata, masih terdapat cabaran di lapangan. 

 

“Taiwan dan Hong Kong adalah pesaing kuat bagi destinasi pelancongan bukan Pertubuhan Negara Islam (OIC) kegemaran pengunjung Muslim.

“Berdasarkan CrescentRating, Thailand menduduki carta yang lebih rendah berbanding negara-negara berkenaan kerana ia benar-benar memenuhi keperluan pengunjung Muslim.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

08 Jul 2025

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:46

mosque
imsak

Imsak

05:46:00

fajr

Fajr

05:56:00

syuruk

Syuruk

07:09:00

dhuhr

Dhuhr

13:21:00

asr

Asr

16:46:00

maghrib

Maghrib

19:30:00

isha

Isha

20:45:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase