Aug 22, 2024 3PM
JAKIM, MCMC: Kerjasama Perkukuhan Pensijilan Halal Malaysia
Sumber foto dari Facebook JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah mengadakan kunjung hormat kepada YBhg. Datuk Zulkarnain bin Mohd Yasin, Timbalan Pengarah Urusan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya pada 19 Ogos 2024.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan inisiatif penubuhan Halal Desk Officer (HDO) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), yang dikendalikan oleh MCMC. Inisiatif ini merupakan usaha untuk membantu pihak industri, khususnya dalam kategori mikro dan kecil di setiap daerah.
Sumber foto dari Facebook JAKIM
Kunjungan hormat ini dipimpin oleh YBrs. Ustaz Muhyidin bin Aziz @ Saari, Pengarah BPH, manakala taklimat dan pembentangan disampaikan oleh YBrs. Us Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM).
Inisiatif yang dibincangkan bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh industri kecil, termasuk keterbatasan penggunaan komputer dan akses internet, serta keperluan untuk pembangunan prosedur seperti dokumen Halal Assurance System (HAS) dan Internal Halal Control System (IHCS) dalam permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Pertemuan ini diharapkan dapat membantu usahawan memastikan semua keperluan dan dokumentasi memenuhi piawaian yang ditetapkan, sekaligus memudahkan proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia dengan lebih lancar.
Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]
Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.
Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.
Waktu Solat


25 Jul 2025
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:23

