Back To All

Nov 03, 2025 2PM

JAKIM bidas penarafan Muslim Choice, berpotensi mengelirukan masyarakat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membidas pengiktirafan Muslim Choice yang diperkenalkan oleh Muslim Friendly Watch (MFW) kerana khuatir penarafan tersebut boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan pengguna Muslim.

 

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, penarafan Muslim Choice itu diberikan kepada pengusaha yang menepati syarat dan piawaian ditetapkan oleh MFW agar pengguna yakin bahawa sesuatu produk atau premis itu diiktiraf berkualiti, bersih dan selamat selari dengan prinsip Islam.

 

Penggunaan istilah Muslim Choice atau seumpanya, menurut beliau, adalah bukan perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa, malah boleh mengelirukan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis. 

 

“Berdasarkan peruntukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, hanya JAKIM dan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/ JAIN) diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta memberi kebenaran penggunaan logo halal Malaysia kepada mana-mana pihak yang diperakukan.


Kenyataan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee telah menerima pelbagai reaksi daripada komuniti Muslim, rata-rata berang akan pendekatan yang diambil oleh MFW.


“Sebarang penggunaan logo, simbol, istilah, kenyataan atau ungkapan yang membawa maksud halal dan boleh dimakan oleh orang Islam, yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak selain JAKIM dan MAIN atau JAIN, adalah tidak sah serta menyalahi peraturan.

“Ia boleh menjejaskan integriti sistem pensijilan halal negara dan mengelirukan pengguna Muslim,” katanya dalam sebuah kenyataan. 

 

Terdahulu, JAKIM telah memaklumkan MFW bahawa pengiktirafan Muslim Choice yang dijalankan pertubuhan itu boleh mendatangkan kekeliruan bagi pengguna Muslim dan meminta MFW untuk menghentikan aktiviti tersebut.

 

Bagaimanapun, JAKIM mendapati MFW masih menjalankan praktis itu selepas ia menerima aduan daripada pihak berkuasa agama negeri.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

03 Nov 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:38 (04 Nov 2025)

mosque
imsak

Imsak

05:38:00

fajr

Fajr

05:48:00

syuruk

Syuruk

06:56:00

dhuhr

Dhuhr

13:00:00

asr

Asr

16:20:00

maghrib

Maghrib

18:58:00

isha

Isha

20:09:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase