Back To All

Dec 31, 2025 12PM

Tealive bidas dakwaan tidak halal, seru masyarakat untuk rujuk kepada JAKIM

Tealive menegaskan bahawa dakwaan produknya disahkan tidak halal dan tular baru-baru ini adalah palsu serta mengelirukan, sekali gus menyeru orang ramai untuk menghentikan penyebaran maklumat tersebut dan hanya merujuk kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM).

 

Syarikat tempatan itu merujuk kepada sebuah hantaran WhatsApp yang mendakwa bahawa air vanila, coklat dan kopinya mengandungi unsur-unsur khinzir, minuman ais kisar Raspberi menggunakan ceri yang dicelup di dalam arak dan minuman tiramisu mengandungi rum. 

 

Dakwaan itu juga melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Datuk Dr. Zahazan Mohamed yang menyifatkan mesej itu sebagai berniat jahat dan menyangkal tuduhan tersebut.  


Orang ramai adalah diminta untuk merujuk kepada pihak berkuasa seperti JAKIM bagi sebarang maklumat rasmi, khususnya berkaitan isu halal dalam makanan dan minuman. (kredit foto: Instagram Ustaz Zahazan)


Dalam sebuah kenyataan bersama Tealive, Zahazan Mohamed memaklumkan bahawa Tealive adalah sebuah jenama minuman yang disahkan halal oleh JAKIM sejak ia mula diasaskan. 

 

“Malaysia mempunyai agensi yang bertanggungjawab menjaga kepentingan awam termasuk isu melibatkan hukum halal dan haram.

 

“Ia bukan bidang kuasa individu atau persatuan tertentu untuk menghalalkan atau mengharamkan sesuatu produk,” katanya. 

 

Lantaran insiden tersebut, Zahazan Mohamed berkata beliau membuat beberapa laporan polis bagi mempertahankan dirinya, selain menyeru pihak berkenaan untuk menghentikan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

31 Dec 2025

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:16

mosque
imsak

Imsak

05:56:00

fajr

Fajr

06:06:00

syuruk

Syuruk

07:17:00

dhuhr

Dhuhr

13:19:00

asr

Asr

16:42:00

maghrib

Maghrib

19:16:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase