Mar 19, 2026 3PM
Vimto rai CNY ke Ramadan, tawar RM100,000 dalam Gongxi Kemeriahan Bonanza
Peralihan musim perayaan daripada Tahun Baharu Cina ke Ramadan dimanfaatkan jenama minuman buah-buahan global berusia 118 tahun, Vimto, menerusi kempen Gongxi Kemeriahan Bonanza yang menawarkan peluang kepada pengguna memenangi himpunan hadiah wang tunai hingga RM100,000 serta koleksi edisi terhad.
Kempen itu berlangsung sehingga 31 Mac ini, mengambil kesempatan daripada pertindihan unik antara kedua-dua perayaan, sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya di Malaysia apabila masyarakat beralih daripada jamuan perjumpaan ke amalan berbuka puasa.
Sepanjang tempoh tersebut, Vimto menyasarkan untuk menjadi sebahagian daripada momen kebersamaan keluarga dan rakan-rakan, sama ada ketika sambutan Tahun Baharu Cina mahupun berbuka puasa serta Aidilfitri.
Melalui kempen ini, jenama itu turut menonjolkan keunikan produk Mixed Fruit Cordial sebagai minuman serba guna yang sesuai dinikmati dalam pelbagai tradisi, resepi dan acara, dengan gabungan perisa blackcurrant, raspberi dan anggur.
Berkongsi mengenai kempen itu, Pengarah Komersial Antarabangsa dan generasi keempat keluarga pengasas di Nichols PLC, Matt Nichols berkata, Vimto sememangnya sinonim dengan detik kebersamaan.

Kempen Gongxi Kemeriahan Bonanza yang menawarkan peluang kepada pengguna memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM100,000
“Vimto telah lama menjadi sebahagian daripada momen yang menyatukan orang ramai. Di Asia Barat, ia sudah menjadi minuman biasa ketika berbuka puasa, dan kajian (syarikat penyelidikan pasaran) Ipsos yang mengiktiraf Vimto sebagai antara jenama paling menonjol sempena Ramadan di Arab Saudi membuktikan hubungan itu,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, trend sama kini mula dilihat di Malaysia apabila keluarga menghidangkan Vimto ketika makan malam, iftar dan rumah terbuka.
“Kami melihat Malaysia sebagai pasaran penting dalam pengembangan di Asia Tenggara. Matlamat kami mudah, menjadi minuman pilihan setiap kali perayaan dan detik bermakna diraikan,” katanya.
Di Malaysia, tradisi itu terus berkembang apabila minuman yang mudah disediakan dan boleh dikongsi menjadi pilihan utama ketika jamuan iftar dan Aidilfitri, termasuk sebagai asas kepada mocktail buah-buahan serta pelbagai resipi manisan tempatan.
Menjelang Aidilfitri, tumpuan beralih kepada persiapan rumah terbuka, termasuk penyediaan minuman awal untuk tetamu, sejajar dengan budaya kunjung-mengunjung dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Kempen itu turut menawarkan peluang memenangi hadiah wang tunai, dengan 70 pemenang mingguan menerima RM100, manakala seorang pemenang bertuah membawa pulang hadiah utama RM10,000.
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada Oktober 2024, Vimto memperluas kehadirannya melalui kerjasama dengan Universal NutriBeverage Sdn. Bhd. dan Socma Trading (M) Sdn. Bhd selain boleh didapati di pelbagai rangkaian peruncit utama di seluruh negara.
Waktu Solat


19 Mar 2026
Waktu solat berikutnya,
Isha
pada
20:35
















