Back To Halal News

Feb 14, 2025 7PM

Konsultan HDC bantu Blackmores peroleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Pengiktirafan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekaligus memperkukuh komitmen Blackmores dalam menyediakan suplemen kesihatan berkualiti tinggi kepada lebih ramai pengguna termasuk masyarakat Islam.


Pengurus Negara Blackmores bagi Malaysia dan Singapura Kumaran Chandrasergaran berkata, kepimpinan jenama berkenaan dalam industri kesihatan dan kesejahteraan diperkukuh kerana ia menjadi jenama barangan buatan Australia yang pertama memperoleh sijil halal.


“Selain pematuhan halal, pensijilan ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi Blackmores terhadap prinsip etika termasuk sumber bahan yang bertanggungjawab, amalan buruh yang beretika, kelestarian alam sekitar dan kebajikan haiwan.


“Perkara ini memastikan produk kami memenuhi standard global tertinggi untuk pengguna di Malaysia dan di luar negara,” katanya.


Kumaran berkata, bagi memastikan setiap peringkat pengeluaran mematuhi standard kecemerlangan tertinggi, syarikat itu menjalani audit ketat di kilang Warriewood dan gudang Bungarribee di Australia, dengan setiap proses dinilai begitu teliti berdasarkan piawaian antarabangsa seperti Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP), Amalan Pengilangan Baik (GMP), dan International Organisation for Standardisation (ISO).


Sijil halal perkukuh komitmen Blackmores sediakan suplemen kesihatan berkualiti tinggi


Beliau berkata, Jakim dilabel sebagai piawaian emas malah diiktiraf secara global untuk pensijilan halal kerana langkah pematuhan yang ketat dan dihormati.


“Ketika meraikan pencapaian luar biasa ini, kami dengan bangganya menegaskan bahawa jenama seperti Blackmores memperoleh pensijilan halal Jakim, bermakna suplemen kami memenuhi piawaian antarabangsa tertinggi bukan hanya untuk satu komuniti, tetapi juga untuk semua pengguna.


“Pencapaian ini bukan sekadar mencerminkan dedikasi kami terhadap kualiti dan integriti, bahkan turut membuka peluang baharu untuk inovasi dan pertumbuhan, serta memperluas akses kepada suplemen berkualiti tinggi yang disahkan halal oleh Jakim,” katanya. 


Blackmores menjadi jenama dipercayai dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan, terkenal dengan komitmen terhadap sains semula jadi, amalan beretika dan ketelusan selama beberapa dekad.


Kumaran berkata pensijilan halal berkenaan memainkan peranan penting dalam memastikan ketelusan bagi bahan produk dan proses pengilangan.


Pengurus Negara Blackmores bagi Malaysia dan Singapura Kumaran Chandrasergaran


Menurut beliau, Malaysia diiktiraf secara global sebagai peneraju dalam sektor farmaseutikal halal, dengan memperoleh sijil halal Jakim, Blackmores kini berada dalam kedudukan strategik dalam ekosistem penting ini.


“Pensijilan ini membuka peluang pertumbuhan baharu, membolehkan Blackmores memperluas pasaran ke negara majoriti Muslim di rantau ini dan peringkat antarabangsa.


“Blackmores juga berbangga diiktiraf sebagai Platinum Trusted Brand, gelaran yang dimenangi selama 10 tahun berturut-turut hasil undian oleh rakyat Malaysia. Pengiktirafan ini melambangkan kepercayaan dan kesetiaan yang telah dibina selama ini,” katanya.


Majlis penyampaian pensijilan halal itu turut dihadiri Ketua Perundingan dan Penasihat Halal daripada Halal Development Corporation Berhad (HDC) Mohd Dhaliff Ghaus Mohd Anuar dan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Danielle Hainecke.


Dalam usaha ini, Halal Consultancy Advisory (HCA) dari Halal Development Corporation memainkan peranan penting dalam memastikan Blackmores mematuhi standard halal yang ditetapkan. Menurut Ketua Perundingan dan Penasihat Halal daripada Halal Development Corporation Berhad (HDC) Mohd Dhaliff Ghaus Mohd Anuar  HCA membantu Blackmores dalam mengenal pasti dan menilai sumber bahan mentah yang digunakan dalam produk mereka. Semua bahan yang berpotensi meragukan dan poin kritikal seperti gelatin dianalisis dan digantikan dengan bahan yang memenuhi syarat halal.


Mohd Dhaliff berharap Blackmores akan terus mengekalkan prinsip halal sambil mengekalkan standard tinggi, meneroka peluang, dan memacu inovasi baharu dalam pertumbuhan ekosistem halal.


“Pensijilan halal memainkan peranan penting dalam memastikan kandungan suplemen sejajar dengan keperluan pengguna dan memenuhi piawaian kebersihan etika tertinggi.


“Proses mendapatkan sijil halal ini sangat ketat. Ia memerlukan audit menyeluruh, kawalan kualiti dan komitmen tidak berbelah bahagi daripada kepimpinan dan petugas. 


“Blackmores menunjukkan ketahanan dalam mengharungi proses ini dan mengadaptasi halal sebagai nilai strategik, bukan sekadar keperluan pematuhan,” katanya.


- Bernama


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

25 Feb 2025

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:29

mosque
imsak

Imsak

06:07:00

fajr

Fajr

06:17:00

syuruk

Syuruk

07:24:00

dhuhr

Dhuhr

13:29:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:29:00

isha

Isha

20:39:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase