Apr 10, 2026 10PM
JAIM sahkan 70% produk sudah ditarik, pemeriksaan libatkan 33 pasaraya
Kira-kira 70 peratus produk kopi dan biskut yang dikaitkan dengan kontroversi berhubung dakwaan penggunaan berus bulu babi telah ditarik balik daripada pasaran di Melaka setakat 6 April lalu, menurut Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Bahagian Pengurusan Halal JAIM memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan di 33 pasar raya di seluruh negeri mendapati produk berkenaan tidak lagi dipamerkan atau dijual di rak.
“Hingga 8 April lalu, Bahagian Pengurusan Halal JAIM mengesahkan tiada lagi produk berkenaan berada di premis yang dipantau.
“Pemantauan akan terus dilaksanakan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan arahan penarikan dipatuhi sepenuhnya.
“Kira-kira 70 peratus proses penarikan semula produk (product recall) di pasaran seluruh negara telah dilaksanakan dan keseluruhan proses dijangka selesai dalam tempoh terdekat,” katanya dalam hantaran di media sosial semalam.

Sebelum ini, dua Sijil Pengesahan Halal (SPHM)yarikat pemprosesan kopi dan biskut telah ditarik selepas didapati menggunakan berus dipercayai bulu babi dalam kerja-kerja pembersihan peralatan.
Perkara itu dikesan menerusi pemeriksaan dijalankan Bahagian Pengurusan Halal, JAIM pada Januari lalu, yang menemukan penggunaan berus berasaskan bulu haiwan di premis terbabit.
Tindakan itu membabitkan produk keluaran Heng Loong Coffee Sdn. Bhd. dan Tian Hup Seng Biscuit Factory Sdn. Bhd.
Sementara itu, orang ramai disaran melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya produk berkenaan masih dijual, khususnya di luar Melaka.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pengurusan Halal JAIM di talian 06-333 3333 (sambungan 4055, 4056 atau 4060).
Waktu Solat


11 Apr 2026
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:51
















