Back To Halal News

Feb 18, 2025 4PM

Lawatan MATA ke Dali untuk Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026

Jade Dragon Snow Mountain adalah gunung yang terkenal dengan salji sepanjang tahun.


Dali, China – Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) telah mengadakan lawatan rasmi ke Dali, China, dalam usaha memperkukuhkan promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Lawatan ini melibatkan rombongan seramai 25 orang yang terdiri daripada wakil media dan agensi pelancongan, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta menarik lebih ramai pelancong dari China ke Malaysia.


Lawatan ini juga menandakan satu pencapaian penting dengan pelancaran penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Dali melalui Lucky Air. Laluan udara baharu ini dijangka memudahkan pelancong dari kedua-dua negara untuk menikmati tarikan unik yang ditawarkan, sekali gus mengukuhkan hubungan pelancongan dua hala antara Malaysia dan China.


Lucky Air adalah sebuah syarikat penerbangan kos rendah dari China yang berpangkalan di Kunming, Yunnan, China.


Menurut Presiden MATA, Dato' Seri Dr. Mohd Khalid Harun, usaha ini merupakan sebahagian daripada strategi untuk memperkenalkan produk pelancongan Malaysia kepada pasaran China, khususnya di Dali yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan warisan budaya.


Dato' Seri Dr. Mohd Khalid Harun, Presiden MATA, menikmati BBQ halal di Dali, China.


"Kami percaya bahawa kerjasama erat antara penggiat industri pelancongan Malaysia dan China akan membuka peluang baharu untuk kedua-dua negara. Dengan adanya penerbangan terus ini, kami berharap lebih ramai pelancong dari Dali dan kawasan sekitarnya akan memilih Malaysia sebagai destinasi utama percutian mereka," katanya.


Sepanjang lawatan ini, delegasi Malaysia akan menyertai pelbagai program termasuk sesi pertemuan dengan pemain industri pelancongan tempatan, lawatan ke lokasi pelancongan utama di Dali, serta sesi promosi pakej pelancongan khas ke Malaysia.


Air tasik Blue Moon Lake berwarna turquoise, datang daripada kandungan mineralnya dan proses penapisan semula jadi dari persekitaran.


MATA optimis bahawa inisiatif ini akan memberikan impak positif terhadap perkembangan sektor pelancongan dan menyumbang kepada kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menarik lebih ramai pelancong dari China ke Malaysia.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

25 Feb 2025

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:29

mosque
imsak

Imsak

06:07:00

fajr

Fajr

06:17:00

syuruk

Syuruk

07:24:00

dhuhr

Dhuhr

13:29:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:29:00

isha

Isha

20:39:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase