Jul 19, 2024 4PM
Rezeki Tidak Disangka Selepas Komited Dalam Pembayaran Zakat
Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang tidak hanya berperanan sebagai kewajiban spiritual, tetapi juga sebagai manifestasi keajaiban dalam meluaskan rezeki.
Keajaiban ini berlaku melalui pelbagai cara yang tidak selalu dapat dijelaskan dengan logik biasa, tetapi nyata dalam keberkatan yang diterima oleh mereka yang menunaikan zakat.
Janji Allah benar, Allah bayar ‘cash’
Dalam satu temubual eksklusif bersama kinihalal, Ustaz Zamri bin Ahmad Suhaimi, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kutipan, Jabatan Zakat MAINS berkongsi kisah benar tentang sebuah syarikat yang baru selesai membayar zakat pendapatan di kaunter MAINS, berjaya mendapat kutipan hutang berjumlah puluhan ribu yang tertunggak bertahun lamanya.
Zamri berkata pemilik syarikat itu terkejut kerana mendapat SMS memaklumkan hutang tertunggak telah dilangsaikan serta merta oleh pemiutang setelah pemilik syarikat itu membayar zakat perniagaan di kaunter MAINS.
Ustaz Zamri bin Ahmad Suhaimi, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kutipan, Jabatan Zakat MAINS
“Ya Allah ustaz, saya follow-up payment ni dah tiga bulan, hari ini on-the-spot masuk” cerita Ustaz Zamri kepada kami tentang peniaga itu.
Zakat Perniagaan: Kewajipan dan Keberkatan
Tambah Zamri lagi, ibadah zakat adalah salah satu rukun Islam yang tidak hanya berperanan sebagai kewajiban spiritual, tetapi juga sebagai penghubung sosial antara manusia dengan manusia serta antara manusia dengan Pencipta-Nya.
‘Apabila sesebuah syarikat membayar zakat dia telah memikirkan maslahat umat lain, dan melaksanakan kewajiban untuk dirinya juga, kata Zamri dalam temubual itu.
Ketika sesebuah syarikat membayar zakat, mereka bukan sahaja mematuhi perintah Allah, tetapi juga memikirkan kepentingan dan maslahat umat lain yang memerlukan bantuan.
Dengan melaksanakan zakat perniagaan, syarikat-syarikat dapat membantu golongan asnaf yang berhak menerima zakat. Ini termasuk fakir miskin, anak yatim, dan lain-lain golongan yang memerlukan.
Zakat perniagaan yang dibayar akan dikongsi bersama golongan-golongan ini, membawa manfaat kepada komuniti yang lebih luas.
Selain itu, syarikat-syarikat yang menunaikan zakat perniagaan juga berpegang kepada janji Allah yang akan menambahkan rezeki mereka.
Keberkatan dari zakat ini dapat dilihat dalam pelbagai bentuk, termasuk rezeki yang tidak disangka-sangka.
Banyak syarikat melaporkan peningkatan rezeki dan kejayaan yang tidak disangka-sangka selepas mereka komited dalam pembayaran zakat.
Mula berniaga, mesti niat untuk berzakat
Mahadi bin Ali, Pengarah Jabatan Zakat MAINS
Namun menurut seringkali terdapat cabaran dalam meningkatkan kesedaran dalam mendekati syarikat-syarikat atau pemilik perniagaan untuk membayar zakat.
Menurut Mahadi bin Ali, Pengarah Jabatan Zakat MAINS, ada sesetengah peniaga mempunyai kefahaman sendiri dan anggap zakat perniagaan tidak penting, tidak wajib dan mengelak bayar zakat setelah membayar cukai.
Macam-macamlah, seribu alasan mereka berikan, tambah Mahadi.
Alasan seperti kekurangan dana atau projek yang tidak membawa keuntungan yang besar seringkali dikemukakan.
Menurut ada juga mungkin terlepas pandang atau terlupa untuk menunaikan zakat.
Kata Mahadi lagi, peniaga perlu memasang niat untuk membayar zakat perniagaan apabila memulakan perniagaan.
Bahagian dakwah dan promosi MAINS giat melaksanakan inisiatif turun padang untuk berinteraksi dan melakukan follow-up dengan syarikat-syarikat.
Pelbagai Kaedah Pembayaran Zakat
MAINS menyediakan pelbagai kaedah pembayaran untuk memudahkan peniaga melaksanakan zakat perniagaan. Antaranya termasuk menggunakan portal dalam talian MAINS (www.zakatns2u.biz) dan kaedah auto debit atau infaq pay dari akaun syarikat.
Ini memastikan zakat perniagaan dapat dibayar secara berkala dan mengurangkan risiko terlupa.
Sasaran dan Pencapaian
Untuk tahun 2024, MAINS telah mengumpul sebanyak RM6.5 juta untuk zakat perniagaan dan sasaran zakat perniagaan pada tahun ini adalah RM25 juta.
Usaha ini bukan sahaja membantu golongan asnaf tetapi juga mengukuhkan ekonomi ummah secara keseluruhan. Dengan membayar zakat, kita menggembirakan golongan asnaf dan doa mereka yang ikhlas akan diangkat oleh Allah.
Waktu Solat
08 Sep 2024
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:14