May 27, 2024 12PM
Daging Wagyu A5 HALAL Paling Premium di Malaysia
Daging Wagyu semakin menjadi popular di Malaysia, dikenali dengan kelembutan, rasa premium berlemak, cair di mulut dan sedap.
Namun, dengan populariti yang meningkat, penting untuk mengetahui cara memilih daging Wagyu yang paling enak dan segar oleh pakar daging wagyu Elle Jay, pemilik restoran Wagyu Tavern.
Asal Usul Daging Wagyu
Jepun adalah negara yang terkenal dengan piawaian tertinggi dalam pembiakan dan penjagaan lembu Wagyu.
Menurut Michael Elle Jay, Pemilik Wagyu Tavern, mengetahui asal usul daging Wagyu adalah poin pertama yang perlu setiap pelanggan ketahui.
Penting untuk pengunjung dan peminat daging wagyu memeriksa tiga sertifikasi ini iaitu, sijil kelahiran, sijil halal yang diperakui JAKIM dan sijil kesihatan haiwan sembelihan.
Sertifikasi halal yang diiktiraf oleh JAKIM
Kebanyakan daging import Wagyu A5 Gred Tertinggi dari restoran ini, berasal dari Wilayah Miyazaki.
Wagyu Miyazaki diletakkan gred paling premium iaitu BMS12 dan adalah terbaik di dunia.
Daging ini diterbangkan serta merta setelah disembelih dari negara Jepun ke Malaysia.
Daging Wagyu yang dijual dan dihidangkan di restoran ini berasal dari pusat penyembelihan Nishiawa Beef.
Pemilik Wagyu Tavern memastikan daging wagyu premium menepati citarasa pengguna
Malaysia telah meluluskan import daging premium dari kilang penyembelihan Nishiawa yang telah mendapat kelulusan pengesahan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan pematuhan audit halal.
Kemasan dan Label
Daging-daging ini haruslah di letakkan dibahagian penyejuk (chiller) dan bukan dibekukan (frozen).
Pelabelan pada daging wagyu yang menunjukkan tarikh dan tempat penyembelihan juga adalah penting.
Setiap blok daging yang telah dipotong akan dilabelkan dengan informasi dan tarikh penyembelihan, yang paling penting adalah cop Halal.
Apa itu Marbling?
Tahap marbling biasanya diklasifikasikan dalam penarafan A1 hingga A5, dengan A5 adalah tahap tertinggi kualiti dan marbling yang tinggi.
Elle Jay berkata, ketika memilih daging Wagyu, perhatikan marbling pada daging itu, yang kaya dan serat daging yang halus.
Marbling yang baik akan memberikan rasa yang lebih berlemak dan tekstur yang sangat lembut.
Marbling adalah bintik-bintik putih dan garis-garis lemak di dalam bagian daging lembu
“Marbling daging Wagyu adalah gred BMS12, yang menentukan cara ia disembelih memastikan kesegaran daging’ tambah Elle Jay ketika ditemui di restorannya di Damansara Utama.
‘Marbling’ merujuk kepada jalur-jalur lemak halus yang tersebar di seluruh daging. Semakin banyak marbling, semakin lembut dan beraroma daging itu.
Pilihan Potongan:
Berbagai potongan daging Wagyu menawarkan pengalaman rasa yang berbeza.
Dari sirloin hingga ribeye, setiap potongan mempunyai tekstur dan keseronokan makan yang unik.
Ketahui kesukaan anda dan pilihlah potongan yang sesuai dengan citarasa anda.
Di Wagyu Tavern anda akan diajar dan diberitahu tentang setiap potongan dan gelaran yang diberi.
Ini memberikan pengalaman jamuan makan yang berilmu sambil memuaskan citarasa anda.
Ketika menamatkan perbualan bersama kami, Elle Jay mengingatkan peminat daging wagyu jangan tertipu dengan hidangan yang memperakui keaslian dan kehalalan, senantiasa membeli dari sumber yang dipercayai seperti Wagyu Tavern dan mengetahui apa yang anda cari dalam daging Wagyu untuk memastikan pengalaman makan yang memuaskan.
Selamat menikmati hidangan anda!
Cawangan-cawangan Wagyu Tavern :
-
62, Jalan SS 21/62, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Petaling Jaya
-
34, Jalan Pendekar 13, Taman Ungku Tun Aminah Skudai Johor Bahru
Waktu Solat
21 Nov 2024
Waktu solat berikutnya,
Maghrib
pada
19:00