Back To Halal News

Jun 08, 2026 3AM

US Pizza diiktiraf jenama piza tempatan dengan cawangan bersijil halal terbanyak

Kinihalal

Jenama piza tempatan, US Pizza diiktiraf Most Halal Certified Local Pizza Outlets di negara ini oleh Malaysia Book of Records (MBOR) dalam sebuah majlis yang berlangsung di pusat membeli belah DPULZE, Cyberjaya pada 6 Jun.

 

Menurut Bernama, US Pizza memaklumkan penyampaian pengiktirafan itu disaksikan wakil media, pemimpin pendapat utama (KOL), rakan niaga, pembekal, vendor dan peminat termasuk bekas menteri, Khairy Jamaluddin yang bertindak selaku pengurus cawangan jemputan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif US Pizza, Deric Yeo berkata, pencapaian tersebut adalah hasil komitmen syarikat dalam memastikan seluruh cawangannya mendapat pensijilan halal sepenuhnya, sekali gus mencerminkan penghormatan jenama itu terhadap rakyat Malaysia.

 

“Kami tidak melakukannya (pensijilan halal) kerana diwajibkan, sebaliknya kerana setiap rakyat Malaysia berhak menjamu selera dengan tenang dan yakin. 

 

US Pizza adalah 100 peratus milik syarikat tempatan. (kredit foto: Instagram Malaysia Book of Records)

 

“Itulah tanggungjawab dan penghormatan kami. Itulah yang wajar menjadi pegangan jenama tempatan,” katanya.

 

Jelas Yeo, tanggapan bahawa US Pizza adalah jenama Amerika Syarikat adalah salah, sedangkan syarikat itu sebenarnya 100 peratus milik Malaysia, diasaskan dan dibangunkan di dalam negara sebagai jenama tempatan untuk rakyat tempatan.

 

Beliau menzahirkan penghargaan buat pembekal dan vendor jenama tersebut, yang disifatkan sebagai tulang belakang kepada kejayaan US Pizza, selain menyatakan syarikat itu tidak akan mencapai kejayaan pada masa ini tanpa kualiti bahan dan kepercayaan mereka. 

 

Pada masa sama, Yeo berkata US Pizza dalam rancangan untuk memperluas rangkaiannya, di samping mengekalkan pensijilan halal dan identiti tempatan sebagai teras operasi perniagaan.

 

Sekitar majlis penyampaian pengiktirafan kategori Most Halal Certified Local Pizza Outlets di Malaysia kepada US Pizza pada 6 Jun. (kredit foto: Instagram Malaysia Book of Records)

 

“Terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Francais Malaysia Datuk Dr Radzali Hassan, para pengarah, rakan niaga, pembekal, vendor, rakan media, KOL serta yang paling utama ialah peminat kami. Ini (US Pizza) jenama milik Malaysia,” katanya.

 

Ketika majis itu, US Pizza dan Khairy turut serta dalam permainan interaktif bersama KOL bagi memenangi hadiah serta piza, dalam suasana yang meriah dengan sorakan penyokong, manakala Yeo mencampak doh dan menghidangkan piza yang siap dibakar dari ketuhar.

 

“Saya sentiasa percaya dalam menyokong jenama tempatan. US Pizza sememangnya jenama Malaysia. Hari ini saya ‘turun padang’ berseronok bersama peminat, dan piza yang disajikan memang lazat,” kata Khairy.

 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

08 Jun 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners