Back To All

Aug 08, 2025 8PM

Bangladesh intai peluang perkukuh import Halal dari Malaysia

Seorang tokoh perniagaan Bangladesh berkata, peluang kerjasama merentasi pelbagai segmen pengguna semakin terbuka antara Malaysia dan Bangladesh susulan pertumbuhan dinamik pasaran halal global.

 

Menurut Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Bangladesh-Malaysia (BMCCI) Shabbir Khan, syarikat dari Malaysia dan Bangladesh boleh menggabungkan kelebihan masing-masing dalam sektor pembuatan dan sumber asli bagi membentuk usaha sama yang mampu memenuhi keperluan pasaran domestik serta negara ketiga, termasuk di rantau ASEAN.

 

Justeru, Shabbir berkata, beliau akan memimpin delegasi BMCCI seramai 14 orang ke satu persidangan perniagaan utama di Kuala Lumpur sempena lawatan pemimpin kerajaan sementara Bangladesh, Muhammad Yunus ke Malaysia.

 

Delegasi itu menurutnya, turut disertai penggiat sektor halal yang berminat menjalin kerjasama dengan rakan industri di Malaysia.

 

“Organisasi kami berminat bekerjasama dengan syarikat Malaysia dalam membina ekosistem halal yang kukuh di Bangladesh merangkumi syarikat pemula, pembiayaan, rantaian logistik dan kemudahan pembuatan,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

 

Shabbir depan dari kiri - kredit imej FB Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh


Tambah beliau, pensijilan daripada agensi terkenal dunia seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kualiti dan piawaian keselamatan produk mereka.

 

“Malaysia merupakan peneraju global dalam piawaian halal. Bangladesh perlu bekerjasama dengan Jakim dalam tiga bidang utama: pendidikan, teknologi dan proses,” katanya.

 

Shabbir juga mengakui terdapat potensi besar belum diteroka sepenuhnya untuk usaha sama Malaysia - Bangladesh khususnya dalam sektor pelancongan halal dan industri pakaian.

 

“Sebagai pengeksport pakaian kedua terbesar dunia, Bangladesh harus menarik pelaburan Malaysia bagi produk fesyen halal yang berpotensi untuk pasaran Asia Pasifik dan Timur Tengah,” katanya.

 

Beliau menyarankan agar syarikat-syarikat Bangladesh merujuk kepada Pelan Induk Industri Halal Malaysia 2030 sekiranya ingin merebut peluang pelaburan dan eksport.

 

Mahmut Gurcan, Timbalan Menteri Perdagangan Turkiye pada Forum Kazan 2025 Rusia - Dunia Islam, Mei lalu berkata, saiz pasaran halal global kini dianggarkan mencecah AS$7 trilion (RMRM29.65 trilion) dan berpotensi meningkat kepada AS$10 (RM42.36 trilion) setahun menjelang 2030.

 

Rangkaian produk halal merangkumi pelbagai kategori, namun segmen paling mendapat permintaan adalah makanan dan minuman, tenusu, daging, ayam, makanan laut, pakaian, kosmetik, farmaseutikal serta produk kesihatan dan kesejahteraan.

 

Sebagai langkah meningkatkan prestasi dua hala, Bangladesh berharap dapat meningkatkan prestasi dagangannya dalam import halal Malaysia.

 

Sepanjang tahun kewangan 2023 hingga 2024 (Julai - Jun), Bangladesh mencatatkan eksport ke Malaysia sebanyak AS$293.5 juta (RM1.24 bilion) manakala jumlah import dari Malaysia jauh lebih tinggi, iaitu sebanyak AS$2.6 bilion (RM11.01 bilion).



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

08 Aug 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:51 (09 Aug 2025)

mosque
imsak

Imsak

05:51:00

fajr

Fajr

06:01:00

syuruk

Syuruk

07:11:00

dhuhr

Dhuhr

13:22:00

asr

Asr

16:41:00

maghrib

Maghrib

19:28:00

isha

Isha

20:40:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase