Back To All

Dec 19, 2025 4PM

Funding Societies lonjak aliran tunai Kemuncak Lanai

WAWANCARA| Sejak menerima pembiayaan Program Pembiayaan Modal Kerja Islamik (i-WCPF), sebuah program di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) melalui platform digital rakan kolaborasi seperti Funding Societies,syarikat Kemuncak Lanai mencatatkan impak kewangan positif dan aliran tunai projek lebih stabil.

 

Pengarah Urusannya, Shazli Razak, berkata syarikat penyedia perkhidmatan profesional dalam pembekalan tenaga manusia teknikal serta perundingan pemodelan dan reka bentuk 3D itu turut menyaksikan peningkatan kadar pengambilan unit dan margin projek yang lebih baik.

 

“Platform P2P seperti Funding Societies menawarkan ketelusan, kelajuan, fleksibiliti, dan kos pembiayaan kompetitif berbanding bank.

 

“Penilaian berasaskan aliran tunai sebenar juga membantu memberikan sokongan lebih efektif kepada MSME (UMKS). Justeru, Kemuncak Lanai memilih program ini kerana ia membolehkan syarikat menjual unit tanpa bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan konvensional.

 

“Syarikat juga bersedia menunjukkan prestasi secara terukur melalui indikator seperti aliran tunai bersih, pusingan modal kerja, dan kadar penyiapan projek,” katanya.

Shazli berkata, program i-WCPF dilihat membuka ruang pertumbuhan baharu kepada syarikat seperti Kemuncak Lanai, khususnya dalam memperluaskan penglibatan mereka dalam projek-projek teknikal.


Pengarah Urusan Kemuncak Lanai, Shazli Razak memilih program i-WCPF ditawarkan Funding Societies kerana platform itu menawarkan ketelusan, kelajuan, fleksibiliti, dan kos pembiayaan kompetitif berbanding bank tradisional


Menurut syarikat itu, akses kepada kemudahan pembiayaan berasaskan modal kerja tersebut membolehkan mereka mengambil projek baharu yang sebelum ini sukar dimulakan akibat kekangan aliran tunai permulaan. 


“Ya, i-WCPF membolehkan syarikat mengambil projek baharu yang sebelum ini sukar dimulakan,” katanya ketika ditanya mengenai impak kemudahan pembiayaan tersebut.


Funding Societies Malaysia ialah sebuah platform pembiayaan digital yang menawarkan penyelesaian pembiayaan bagi perniagaan kecil dan sederhana.


Sebagai salah satu fintech terkemuka di negara ini, syarikat itu memfokuskan kepada inovasi kewangan, akses pembiayaan mudah serta kerjasama untuk memajukan perniagaan kecil dan sederhana.


Pembiayaan P2P di Malaysia berada di bawah pengawalseliaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sekali gus memastikan setiap platform beroperasi mengikut piawaian dan garis panduan yang ditetapkan. 


Program i-WCPF ditawarkan melalui Funding Societies bertujuan memperkasa Bumiputera dengan pembiayaan mudah dan berdaya saing dengan memperuntukkan dana RM100 juta kepada syarikat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui inisiatif P2P.


Pembiayaan pra dan pasca invois itu menyediakan dana operasi untuk menyokong pengembangan perniagaan memastikan pertumbuhan mampan.


i-WCPF juga menyokong pelbagai industri dalam memberikan tumpuan dengan membantu sektor-sektor strategik dengan lebih berkesan dalam ekonomi MADANI.

Menurut Shazli, pengembangan operasi itu membawa beberapa risiko tambahan yang perlu ditangani secara berhemah.


Katanya, antara risiko utama termasuk tekanan terhadap kapasiti operasi sedia ada, risiko pembayaran daripada pihak pelanggan, serta kebergantungan kepada kelestarian dana yang disediakan melalui program i-WCPF.


Shazli turut menegaskan bahawa pendekatan pengurusan risiko yang sistematik adalah kunci kepada memastikan manfaat i-WCPF dapat dimaksimumkan tanpa memberi tekanan berlebihan kepada operasi dalaman.


“Bagi memastikan syarikat kekal berada dalam landasan kewangan yang stabil, setiap peluang projek baharu melalui i-WCPF dinilai secara ketat, termasuk aspek kebolehlaksanaan, kestabilan pelanggan dan margin keuntungan. Selain itu, pemantauan risiko dijalankan secara berterusan bagi memastikan sebarang potensi isu dapat ditangani lebih awal,” katanya.


i-WCPF memperkasa Bumiputera dengan pembiayaan mudah dan berdaya saing dengan memperuntukkan dana RM100 juta kepada syarikat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak


Mengulas strategi jangka panjang bagi memastikan modal kerja kekal stabil tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan luar, Shazli berkata, syarikat memberi tumpuan kepada pengurusan aliran tunai yang lebih cekap melalui perancangan kewangan yang lebih teratur, unjuran aliran masuk dan keluar yang tepat serta kawalan perbelanjaan yang lebih ketat.


Selain itu, menurut beliau, Kemuncak Lanai turut menekankan peningkatan kecekapan operasi dengan memperkemas proses kerja, penggunaan teknologi yang dapat mengurangkan kos serta memastikan tenaga kerja digunakan pada kapasiti optimum bagi meningkatkan produktiviti.


“Disiplin kewangan yang kukuh menjadi keutamaan. Walaupun pembiayaan seperti i-WCPF membantu mempercepatkan pertumbuhan, matlamat kami adalah memastikan syarikat mampu beroperasi secara mampan tanpa bergantung kepada kemudahan pembiayaan secara berterusan, khususnya apabila memasuki fasa pertumbuhan yang lebih besar,” katanya.


Sila lawati laman web Funding Societies Malaysia dan masuk ke bahagian i-WCPF untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program itu.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

19 Dec 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:50 (20 Dec 2025)

mosque
imsak

Imsak

05:50:00

fajr

Fajr

06:00:00

syuruk

Syuruk

07:11:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:36:00

maghrib

Maghrib

19:10:00

isha

Isha

20:25:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase