Back To All

Nov 21, 2025 8PM

Karnival Zakat Selangor 2025 LZS gabung kempen berzakat dengan aktiviti santai

Lembaga Zakat Selangor (LZS) lancar Karnival Zakat Selangor 2025 yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 November ini di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan berzakat.

 

LZS dalam sebuah kenyataan berkata, inisiatif itu menggabungkan kempen berzakat dengan aktiviti santai dan inklusif, sekaligus mengeratkan hubungan antara komuniti selain mencapai sasaran kutipan. 

 

“Dibuka dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam, pengunjung berpeluang meneroka pelbagai program, perkhidmatan dan inisiatif yang diketengahkan oleh lebih 150 pempamer daripada agensi kerajaan, syarikat swasta, industri dan usahawan tempatan.

 

“Ini termasuk pempamer LZS yang sedia untuk berinteraksi dengan pengunjung bagi menjelaskan peranan serta program zakat yang dijalankan sepanjang tahun,” katanya.

 

Namun, LZS berkata tumpuan utama karnival itu tahun ini adalah Karnival i-Kerjaya yang menawarkan lebih 1,500 peluang pekerjaan daripada 20 majikan meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan, perdagangan, automotif serta makanan dan minuman.


Lebih 150 pempamer turut serta dalam Karnival Zakat Selangor 2025, termasuk LZS.


Peluang pekerjaan itu terbuka kepada semua pemohon, dengan keutamaan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf berdaftar bagi membantu mereka memperoleh peluang kerjaya yang lebih stabil dan bersesuaian.

 

Tambah LZS, Karnival Zakat Selangor 2025 turut menampilkan tarikan menarik untuk seisi keluarga seperti sukaneka rakyat, Zakat Run, zon E-Sports dan VR Spot yang memberikan pengalaman digital ringkas serta menyeronokkan. 

 

Lebih menggembirakan, maskot popular kanak-kanak Omar & Hana akan membuat kemunculan ketika karnival itu, di samping Recycle Corner dan pertandingan mewarna yang diadakan sebagai aktiviti tambahan sesuai untuk semua peringkat umur.

 

“Pengunjung juga boleh menikmati Jualan Rahmah dan Food Festival yang menghimpunkan pelbagai pilihan hidangan daripada food truck dan berpeluang memenangi hadiah melalui cabutan bertuah yang diadakan setiap hari.


“Bagi pengunjung yang ingin menimba ilmu dan motivasi, Forum Perdana akan mengetengahkan perkongsian berkaitan kehidupan dan kekeluargaan dalam penyampaian yang santai serta mudah difahami. 


Karakter daripada animasi Boboiboy, Pipi dan Papazola membuat kemunculan pada Karnival Zakat Selangor 2024.


“Selain itu, sempena Kempen Hujung Tahun LZS, tiga buah motosikal turut ditawarkan sebagai hadiah istimewa untuk pengunjung bertuah sepanjang penganjuran,” katanya.

 

Turut disediakan kaunter bancian asnaf, semakan bantuan serta perkhidmatan taksir dan bayaran zakat bagi memudahkan urusan pengunjung sepanjang karnival.

 

LZS menjemput semua penduduk di Selangor dan kawasan sekitar untuk membanjiri Karnival Zakat Selangor 2025 pada 27 hingga 29 November nanti, kemasukan adalah percuma.

 

Pengunjung yang mendaftar di lokasi akan menerima cenderahati istimewa oleh LZS sebagai penghargaan, jadi ikuti perkembangan semasa program melalui media sosial rasmi LZS di Facebook, Instagram dan TikTok.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

25 Nov 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:41

mosque
imsak

Imsak

05:41:00

fajr

Fajr

05:51:00

syuruk

Syuruk

07:01:00

dhuhr

Dhuhr

13:03:00

asr

Asr

16:25:00

maghrib

Maghrib

19:01:00

isha

Isha

20:14:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase