Back To All

Nov 20, 2025 8AM

MyWakalah 2.0 dipertingkat, PPZ-MAIWP perkukuh ketelusan agihan zakat

Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memperkenalkan MyWakalah 2.0, platform digital yang menghimpunkan semua urusan wakalah dalam satu sistem bersepadu sekali gus menjadikan pengurusannya kini lebih pantas dan mudah.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, versi itu membolehkan pengurusan wakalah dilakukan secara digital sepenuhnya serta mengurangkan kebergantungan kepada proses manual melalui sistem pintar yang diintegrasikan dengan pangkalan data dalaman PPZ-MAIWP.

 

“Semua transaksi, laporan dan data wakalah kini dapat diakses secara telus, tepat dan terkini, memudahkan pemegang wakalah menguruskan wakalah mereka dengan lebih efisien dan berintegriti,” katanya dipetik Bernama.

 

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi PPZ-MAIWP Datuk Seri Amrin Awaluddin. Turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil.


Laman sesawang MyWakalah 2.0 PPZ-MAIWP yang dipertingkat


Mohd Na’im menjelaskan bahawa MyWakalah 2.0 hadir dengan pelbagai penambahbaikan termasuk kemudahan menyemak profil serta rekod asnaf, melihat rekod bayaran zakat, menambah pembayaran zakat, memeriksa status permohonan wakalah, mengemas kini maklumat profil secara masa nyata serta beberapa fungsi baharu lain.


Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah agihan wakalah bagi Januari hingga Oktober tahun ini mencecah RM239 juta, iaitu peningkatan 32 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.


Menurutnya, penerapan teknologi moden dan sistem pengurusan yang lebih sistematik itu dijangka mempertingkat keberkesanan tadbir urus zakat di seluruh negara, sekali gus mengukuhkan aspek ketelusan, integriti dan memastikan amanah zakat disalurkan tepat kepada penerima layak.


“Skim Wakalah bukan sekadar satu kaedah agihan zakat, sebaliknya ia memberi peluang kepada pembayar zakat memainkan peranan secara langsung dalam memastikan sumbangan mereka disampaikan kepada pihak yang benar-benar memerlukan.


“Usaha ini secara tidak langsung menyemai kesedaran sosial dan memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam masyarakat,” katanya.



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

25 Nov 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:41

mosque
imsak

Imsak

05:41:00

fajr

Fajr

05:51:00

syuruk

Syuruk

07:01:00

dhuhr

Dhuhr

13:03:00

asr

Asr

16:25:00

maghrib

Maghrib

19:01:00

isha

Isha

20:14:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase