Back To All

Dec 04, 2024 6PM

LZS LANCAR KEMPEN AKHIR TAHUN SAMA-SAMA KONGSI

Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan kempen Sama-Sama Kongsi sebagai seruan dan galakan kepada umat Islam terutamanya di Selangor untuk menyegerakan kewajipan zakat sebelum berakhir tahun 2024.

 

Melalui kempen akhir tahun berkenaan, LZS menyeru masyarakat yang layak untuk berkongsi rezeki dengan zakat dan berganding bahu membantu golongan asnaf di Selangor. 

 

Inisiatif itu bertujuan memastikan asnaf dapat terus mengharungi cabaran ekonomi semasa, seterusnya memperkasakan diri dan keluarga mereka. 

 

Untuk makluman hingga kini, LZS menyantuni lebih 72,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan individu mualaf di Selangor.

 

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi LZS, Ahmad Fadhil Hassan pada majlis yang diadakan di LZS, cawangan ALAMi Seksyen 13, Shah Alam, Selangor hari ini.

 

LZS menyalurkan bantuan zakat berjumlah RM5,820,008 sempena pelancaran kempen Sama-Sama Kongsi.


Serentak dengan pelancaran tersebut, LZS mengajak masyarakat untuk menyertai kempen-kempen inisiatif galakan kepada pengeluar zakat dengan menawarkan pelbagai tawaran hadiah menarik bernilai lebih RM60,000 sempena kempen Sama-Sama Kongsi. 

 

Inisiatif kempen tersebut ialah:

 

i) KEMPEN START WITH SEPULUH terbuka kepada pengeluar zakat terutamanya golongan muda di institusi pengajian tinggi (IPT) yang membuat bayaran zakat bermula RM10 menerusi saluran pembayaran disediakan oleh LZS.

 

ii) KEMPEN JOM AUTO ZAKAT BULANAN terbuka kepada individu, peniaga dan syarikat yang mula mendaftar pembayaran zakat secara bulanan atau menambah caruman zakat menerusi saluran pembayaran Direct Debit dan Skim Potongan Gaji.

 

iii) KEMPEN EARLY BIRD di 18 cawangan LZS bermula pada 1 hingga 6 Disember khusus kepada 10 pengeluar zakat terawal yang mengunjungi cawangan LZS setiap hari.

 

Selain itu, bagi memudahkan urusan umat Islam di Selangor menunaikan kewajipan berzakat, pelbagai kemudahan pembayaran disediakan bagi memberi pilihan kepada pengeluar zakat.

 

Ini termasuklah dengan waktu operasi 7 hari seminggu di semua cawangan LZS sepanjang Disember ini, saluran pembayaran zakat dalam talian seperti aplikasi ZakatSelangor, EZakatPay, perbankan internet, aplikasi e-dompet, portal MYEG dan pos online.

 

Maklumat lanjut berkenaan kempen Sama-Sama Kongsi boleh diperoleh dengan melayari jom.zakatselangor.com.my atau melalui media sosial rasmi LZS.

 

Pada majlis yang sama, LZS menyalurkan bantuan zakat berjumlah RM5,820,008 sempena pelancaran kempen Sama-Sama Kongsi.

 

Daripada jumlah tersebut, Sumbangan Ithbat Hafazan menerima agihan terbesar sebanyak RM3,566,800, manakala RM1,872,500 disalurkan melalui Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) yang memberi manfaat kepada 60 buah sekolah di seluruh Selangor.

 

PROSAZ merupakan kerjasama LZS dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), memberi fokus khusus kepada anak-anak asnaf fakir dan miskin melalui aktiviti pembangunan akademik di sekolah.

 

Sementara itu, tiga mahasiswa fakir dan miskin menerima Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dengan jumlah agihan zakat sebanyak RM198,308 bagi melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dan RM140,800 disalurkan bagi Bantuan Peralatan dan Baik Pulih Surau.

 

Selain itu, LZS terus komited dalam membantu individu yang memerlukan apabila empat penerima menerima bantuan bernilai RM41,000. Bantuan tersebut meliputi bantuan kewangan bulanan, sewa rumah dan perubatan. Penyerahan bantuan ini bukan saja mencerminkan keprihatinan LZS, tetapi turut menghidupkan semangat Sama-Sama Kongsi untuk memastikan agihan zakat benar-benar memberi impak positif kepada kehidupan golongan asnaf.

 

Turut menyokong kempen Sama-Sama Kongsi ini, dua syarikat yang menunaikan zakat perniagaan bagi membantu asnaf di Selangor. 

 

Syarikat tersebut ialah Infinity Gigabyte Sdn. Bhd yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM5,000 dan NZ Venture Logistic (M) Sdn. Bhd sebanyak RM2,500.

 

Hadir sama dalam majlis ini, Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas LZS, Ariffa Ariffin dan Ketua Pegawai Kewangan LZS, Rapizah Muhammad Sharif.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

05 Dec 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:07

mosque
imsak

Imsak

05:44:00

fajr

Fajr

05:54:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:07:00

asr

Asr

16:29:00

maghrib

Maghrib

19:04:00

isha

Isha

20:18:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase