Nov 13, 2024 5PM
Airestec: Mengatasi Ancaman Kesihatan Tersembunyi Dari Penyaman Udara yang Tidak Diselenggara
Kini alat penyaman udara atau penghawa dingin adalah satu keperluan, sama ada di rumah, pejabat, mahupun ruang komersial.
Namun, di sebalik keperluan alat penyaman udara yang kita nikmati itu, adakah kita sedar tentang ancaman tersembunyi yang boleh menjejaskan kesihatan kita?
Gambar rekomendasi AI menunjukkan penyaman udara boleh jadi ancaman pada kesihatan jika tidak diselenggara
Penyaman udara boleh jadi sarang kepada kulat dan banyak lagi.
Tahukah anda? Ramai yang berpendapat bahawa penggunaan penyaman udara yang kerap hanya menyebabkan pengumpulan habuk.
Namun, hakikatnya ada sesuatu yang lebih merisaukan.
Penyaman udara yang tidak diselenggara dengan baik boleh menjadi sarang pembiakan biofilm, bakteria, kulat, kulapuk, dan pelbagai mikroorganisma lain.
Produk pencuci penyaman udara Airestec berfungsi bagi menghalang pembentukan kulat yang berbahaya
Lama kelamaan, pencemaran ini berkumpul pada penapis, gegelung, dan komponen dalaman unit.
Biofilm dan kulat dalam sistem penyaman udara juga boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan seperti asma dan bronkitis, apabila spora dan zarah-zarah berbahaya dilepaskan ke udara.
Bagi mereka yang sering berada dalam ruang tertutup – sama ada di rumah, tempat kerja, atau kawasan komersial – pendedahan kepada pencemaran ini menjadi ancaman kesihatan senyap yang ketara.
Maka, di sinilah peranan Airestec (Airestec Innovations Sdn Bhd)
Penghapusan Biofilm dan pelbagai mikroorganisma
Produk pembersihan Airestec direka khusus untuk menyasarkan dan menghapuskan biofilm yang terbentuk pada permukaan penyaman udara.
Biofilm sukar dihapuskan; oleh itu, teknologi penghapusan dan penguraian biofilm dari Airestec memastikan lapisan ini dihapuskan dengan berkesan.
"Enzim ini berfungsi untuk menguraikan biofilm, sekaligus melambatkan pertumbuhan kulat dan bakteria berbahaya," terang Norfarehah Binti Duli, Eksekutif Inovasi dan Kemampanan Airestec Innovations Sdn Bhd.
Dengan teknologi nano, produk ini mampu menembusi ruangan paling kecil, memastikan pembersihan yang lebih mendalam dan berkesan.
Formulasi Mesra Alam dan Tidak Toksik
Agen pembersih Airestec dihasilkan dengan formula yang mesra alam dan tidak toksik, sesuai digunakan dalam persekitaran kediaman dan komersial.
Produk ini direka untuk membunuh patogen, bakteria dan kulat tanpa menjejaskan kualiti udara dalaman, menjamin persekitaran yang selamat untuk penghuni.
Lebih menarik, produk Airestec bersifat neutral dan tidak menghakis peralatan seperti produk pembersih biasa yang mengandungi asid atau alkali.
Krew kinihalal turut melihat cara-cara pembersihan penyaman udara sebuah syarikat di Shah Alam menggunakan produk Airestec
Kecekapan Tenaga yang Lebih Baik
Penyelenggaraan berkala menggunakan produk Airestec bukan sahaja memperbaiki kualiti udara, tetapi juga meningkatkan kecekapan tenaga pada unit penyaman udara.
Sistem yang bersih berfungsi dengan lebih efisien menggunakan tenaga yang lebih rendah, sekali gus membantu mengurangkan kos elektrik dan impak kepada alam sekitar.
Produk Airestec mendapat pensijilan halal oleh JAKIM
Airestec memilih untuk mendapatkan pengesahan pensijilan halal dari JAKIM bagi produk pencuci enzim kerana komitmen dalam memastikan produk yang berkualiti dan pengawalan bahan mentah bebas dari sumber yang meragukan.
Produk Airestec bukan sahaja mendapat pensijilan halal oleh JAKIM tetapi juga badan-badan pensijilan antarabangsa
Selain itu, pensijilan halal memberikan kepercayaan kepada pengguna dengan jaminan produk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi, bersih dan selamat.
Sejak penubuhannya pada tahun 2002, Airestec telah menjadi syarikat bioteknologi bertaraf BioNexus yang terkenal dengan penyelesaian berasaskan bio, hijau, nanoteknologi, serta mesra alam.
"Kami komited untuk mencapai kecemerlangan ESG dan SDG, dengan matlamat memperbaiki kualiti udara dan meningkatkan kualiti hidup," kata William Rodney Yeo, Pengasas dan Pengarah Urusan Airestec Innovations Sdn Bhd.
Selain halal, Airestec turut menekankan keselamatan pengguna dan alam sekitar.
Produk ini bukan saja mendapat pengesahan halal, ia turut diiktiraf sebagai selamat dan berkesan untuk kegunaan komersial dalam sektor farmaseutikal, hospitaliti, pengangkutan, serta kilang pemprosesan makanan dan minuman.
Airestec komited untuk cemerlang dalam industri halal, ESG dan SDG,melindungi alam sekitar- William
Lebih penting lagi, produk Airestec mematuhi piawaian halal, menjadikannya sesuai untuk semua tanpa mengira latar belakang.
Jadi, jika anda mahukan udara yang berkualiti, penyaman udara yang tahan lama, lebih efisien, dan kesihatan yang terjaga, Airestec adalah pilihan yang tepat.
Want to feature your press releases, exclusive interviews, or branded content on Kinihalal & Malaysiakini? Email us at [email protected]
Join our Halal community to stay updated with the latest news and events. Follow Kinihalal on: Facebook, LinkedIn, Instagram, and TikTok.
Waktu Solat
21 Nov 2024
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:24