Back To All

Oct 10, 2025 10AM

Bakal jemaah hilang, TH jejak satu per satu

Lembaga Tabung Haji (TH) merancang untuk menjejaki pendeposit yang gagal dihubungi bagi menyampaikan surat tawaran untuk menunaikan haji tahun hadapan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pihaknya mengambil tindakan tersebut selepas mendapati terdapat maklumat peribadi bakal jemaah yang tidak dikemas kini dalam sistem TH termasuk alamat tempat tinggal.

 

“Masih ada jemaah yang tidak mengemas kini tempat tinggal mereka dan mungkin sudah berpindah ke lokasi lain.


“Saya dimaklumkan sendiri bahawa pegawai serta kakitangan Tabung Haji turun padang ke rumah jemaah yang sepatutnya menerima tawaran bagi tahun 2026,” katanya seperti dipetik Utusan.


Tindakan itu juga mempamerkan tanggungjawab dan dedikasi tidak berbelah bahagi TH dalam memastikan hak bakal jemaah dipenuhi. (kredit foto: Instagram Lembaga Tabung Haji)


Menurut senator itu, usaha tersebut penting agar tiada bakal jemaah tercicir akibat gagal dihubungi, selain memudahkan proses pengesahan tawaran haji. 

 

“Dengan cara ini, insya-Allah jumlah jemaah yang tidak memberi maklum balas terhadap tawaran haji dapat dikurangkan,” katanya.

 

Sebelum ini, media melaporkan seramai 521 bakal jemaah haji bagi musim 1447H/2026M masih gagal dihubungi kerana tidak mengemas kini maklumat peribadi mereka.

 

Menurut Mohd. Na’im, TH dalam proses memuktamadkan kos bayaran haji bagi musim 2026 agar ia tidak akan membebankan para jemaah sebelum surat tawaran dikeluarkan kepada jemaah terpilih.

 

Beliau berkata, prinsip utama TH dalam menentukan kadar bayaran itu adalah memastikan ia kekal munasabah serta tidak memberi tekanan kepada bakal jemaah haji, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

13 Oct 2025

Waktu solat berikutnya,

Syuruk

pada

06:57

mosque
imsak

Imsak

05:41:00

fajr

Fajr

05:51:00

syuruk

Syuruk

06:57:00

dhuhr

Dhuhr

13:02:00

asr

Asr

16:18:00

maghrib

Maghrib

19:02:00

isha

Isha

20:12:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase