Oct 09, 2025 5PM
Yayasan Islam Bangladesh sahkan status halal vaksin tifoid
Ketua Pengarah Yayasan Islam Bangladesh, Abdus Salam Khan mengesahkan vaksin tifoid adalah sepenuhnya halal.
Beliau berkata demikian susulan timbul pertikaian berhubung sama ada vaksin tersebut adalah benar-benar halal atau pun tidak.
Selepas membuat pengesahan, ia disahkan tidak mengandungi bahan haram, menjadikannya halal,” kata Salam Khan seperti dipetik JagoNews24.
Menurut laporan itu, sebuah bengkel dihadiri tokoh keagamaan dianjurkan sebagai sebahagian daripada mesyuarat perakuan dan perancangan bertujuan mengukuhkan kempen vaksinasi tifoid di daerah Narayanganj.
Kerajaan Bangladesh menggerakkan sebuah kempen vaksinasi tifoid terhadap kanak-kanak seawal usia umur 9 bulan hingga 16 tahun di seluruh negara. (kredit foto: US Embassy Dhaka)
Salam Khan berkata, doktor dan saintis menjamin keberkesanaan vaksin tersebut dalam mencegah penyakit tifoid.
Menurut beliau, vaksin itu selamat dan memainkan peranan yang penting dalam aspek kesihatan awam.
“Melalui vaksin ini, kita boleh mencari kesembuhan. Jika Allah S.W.T mengizinkan, ia boleh melegakan kita. Tiada potensi untuk kesan sampingan daripada vaksin ini,” katanya.
Menyifatkan Bangladesh sebagai negara dipenuhi alim dan ulama, beliau menekankan bahawa menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan vaksin tersebut menjamin kesihatan rakyat tanpa sebarang halangan khususnya agama selepas ia disahkan halal.
Waktu Solat


13 Oct 2025
Waktu solat berikutnya,
Syuruk
pada
06:57

