Back To All

Aug 06, 2024 2PM

LZS Dan MEDKAD Meterai Perjanjian Sedia Solusi Efisien Untuk Para Asnaf Di Selangor

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Ketua Pegawai Eksekutif MEDKAD, Ezuan Yaacob berjabat tangan

 

SHAH ALAM, 6 Ogos 2024 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini memeterai perjanjian kerjasama dengan MEDKAD Sdn. Bhd menerusi inisiatif digital yang bakal mengubah landskap bantuan perubatan LZS, bagi memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan bantuan zakat. 

 

Sistem Bantuan Perubatan Elektronik (Electronic Medical Aid) dikenali Al-Amal merupakan sistem inovatif yang dibangunkan oleh MEDKAD untuk menguruskan perkhidmatan kesihatan secara digital. Melalui Al-Amal, ia mampu menyediakan solusi yang efisien untuk para asnaf di Selangor, sekali gus memudahkan akses kepada bantuan perubatan dengan lebih cepat dan berkesan. 

 

Perjanjian kerjasama itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Ketua Pegawai Eksekutif MEDKAD, Ezuan Yaacob, yang disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perubatan LZS, Dato’ Dr. Tunku Muzafar Shah Tunku Jaafar Laksamana.  

 

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Ketua Pegawai Eksekutif MEDKAD, Ezuan Yaacob menandatangani perjanjian MOU

 

Mohd Sabirin dalam ucapannya berkata, menerusi Pelan Strategik LZS 2023 hingga 2025 di bawah teras strategi Go Digital, LZS menekankan pembangunan dan penggunaan platform digitalisasi bagi mempertingkatkan keupayaan dan kecekapan proses penyaluran bantuan agihan zakat khususnya bantuan perubatan. 

 

Al-Amal yang dibangunkan untuk LZS, diintegrasikan dengan sistem sedia ada iaitu LZS Electronic Zakat Online (eZO). Dengan Al-Amal, permohonan bantuan perubatan di LZS kini boleh dilakukan secara digital sekali gus mengurangkan kebergantungan pada borang fizikal dan pemprosesan manual

 

Sistem ini dilihat dapat mempermudah asnaf membuat permohonan dengan cepat dan selamat, mengatasi risiko manipulasi dokumen, mempermudah proses pengurusan permohonan oleh LZS secara keseluruhan. Di samping itu, proses permohonan bantuan juga dapat diselesaikan dalam tempoh 8 hari berbanding 14 hari sebelum ini, menawarkan respons yang lebih pantas dan efisien kepada asnaf yang memerlukan bantuan perubatan.

 

Pada masa ini proses permohonan bantuan di LZS melibatkan 553 panel perubatan yang dilantik di seluruh Selangor, dengan hampir 3,500 tuntutan diproses secara manual setiap bulan.

 

Untuk makluman, bantuan perubatan merupakan salah satu bentuk bantuan utama yang disediakan oleh LZS kepada asnaf di Selangor. Pada tahun 2023, LZS telah mengagihkan lebih RM51 juta untuk bantuan perubatan kepada 11,000 asnaf, dengan jumlah transaksi melebihi 16,000 setahun.

 

Penggunaan penuh Sistem Bantuan Perubatan Al-Amal untuk pengurusan permohonan bantuan perubatan asnaf di LZS dijangka akan dilaksanakan pada awal 2025, selepas pelaksanaan tempoh perintis di daerah Petaling yang akan bermula pada November 2024.


Usahasama LZS dengan Medkad ini merupakan langkah penting menuju digitalisasi, yang menyokong kelestarian melalui pengurangan penggunaan kertas dan bahan cetakan lain, memperbaiki pengurusan data dengan pengumpulan secara real-time, dan melaksanakan automasi untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja serta risiko kesalahan. Inisiatif ini juga menyokong amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan selari dengan aspirasi kelestarian UN SDG 2030.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

03 Jan 2025

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:18

mosque
imsak

Imsak

05:58:00

fajr

Fajr

06:08:00

syuruk

Syuruk

07:19:00

dhuhr

Dhuhr

13:21:00

asr

Asr

16:43:00

maghrib

Maghrib

19:18:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase