Jul 29, 2024 10AM
WPD, MTIEL Meterai Perjanjian Laksana Pelan Industri Halal Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT)
PETALING JAYA: MTIEL Holdings Sdn Bhd (MTIEL) serta World Peace and Development Limited (WPD) memeterai perjanjian kerjasama strategik bernilai USD50 bilion bagi pembangunan perniagaan tenaga dan industri halal.
Pengerusi Eksekutif MTIEL Holdings Sdn Bhd Md Nazri Ramli berkata kerjasama yang dimeterai di Shenzen, China semalam itu akan mengubah landskap bekalan tenaga dan perniagaan halal di beberapa negara.
Pengerusi Eksekutif MTIEL Holdings Sdn Bhd, Md Nazri Ramli.
Sumber foto dari Free Malaysia Today
“Inisiatif ini juga akan melaksanakan pelan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dengan berkesan dan meningkatkan prospek ekonomi beberapa negara,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, skop geografi projek itu merangkumi Semenanjung Malaysia-Thailand yang dijangka memanfaatkan ekonomi daripada pelaburan dalam sektor pertanian ternakan halal, akuakultur dan pengeluaran tekstil.
Menurutnya, perjanjian itu turut memfokuskan Kompleks Jaminan Makanan dan Hab Transshipment Halal di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping, Kompleks Penyimpanan dan Pemprosesan Petroleum di Taman Sains dan Teknologi Kedah.
“Kompleks-kompleks ini bersama rangkaian logistik dan terminal luar pesisir akan memainkan peranan penting dalam pemindahan makanan dan tenaga.”
Penasihat WPD/MTIEL untuk Projek-projek Malaysia, Rashid Ghani berkata kerjasama itu akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pasaran halal global.
Penasihat WPD/MTIEL untuk Projek-projek Malaysia, Rashid Ghani.
Sumber foto dari Free Malaysia Today
“Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, projek ini melambangkan harapan baharu dan masa depan lebih cerah untuk negara kita, serta menggambarkan komitmen kerajaan Madani terhadap pembangunan mampan dan inklusif.”
Sumber: Free Malaysia Today
Waktu Solat


14 Dec 2025
Waktu solat berikutnya,
Isha
pada
20:23
















