Back To TH Bantuan Bersasar Jemaah Haji Musim 1446 H

Dec 16, 2024 4PM

TH TANGGUNG RM261 JUTA BANTUAN BERSASAR JEMAAH MUSIM HAJI 1446H/2025M

 

Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan bakal jemaah haji muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat itu pada musim 1446/2025M dengan anggaran berjumlah RM261 juta.

 

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman berkata, bakal jemaah haji muassasah dalam kumpulan B40 akan menerima bantuan kewangan haji sebanyak RM17,300 seorang dan ditambah bantuan kerajaan sebanyak RM1,000 seorang.

 

“Bantuan berjumlah RM18,300 itu adalah lebih separuh (55 peratus) daripada keseluruhan kos haji, menjadikan bayaran haji bagi seorang jemaah B40 berjumlah RM15,000.

 

“Bakal haji muassasah kumpulan M40 pula akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM9,800 seorang atau 29 peratus daripada keseluruhan kos haji.  Bayaran haji bagi seorang jemaah M40 ialah RM23,500,” katanya.

 

Menurut Syed Hamadah, bagi jemaah muassasah kumpulan T20 dengan pendapatan individu sekurang-kurang RM15,000 sebulan pula perlu menjelaskan bayaran penuh kos haji sebanyak RM33,300 seorang.


TH meneruskan bantuan kewangan bakal jemaah haji muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat itu pada musim 1446/2025M dengan anggaran berjumlah RM261 juta.


Katanya, prinsip Bantuan Kewangan Haji bersasar adalah selaras dengan polisi TH untuk mengurangkan Bantuan Kewangan Haji yang dibiayai daripada keuntungan pelaburan secara beransur-ansur sejak 2022 demi kemampanan kewangan TH.

 

“Penurunan Bantuan Kewangan Haji juga adalah adil bagi memastikan kelestarian kewangan TH dan mengurangkan kesan Bantuan Kewangan Haji terhadap pulangan pelaburan kepada pendeposit. 

 

“Memastikan kadar pulangan yang baik dan mampan juga satu daripada tanggungjawab penting TH,” katanya.

 

Selain itu Syed Hamadah berkata TH dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji 1446H/2025M, dengan kos haji kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah muassasah. 

 



Bayaran haji bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 dan M40 meningkat sebanyak 20 peratus bagi tahun 2025.


Tambahnya, bagi mengawal kos haji, TH berusaha mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun ketika ini harga minyak meningkat.

 

“Harga penginapan di Tanah Suci meningkat dengan mendadak akibat daripada pembangunan pesat di Mekah dan Madinah, namun TH berjaya mengikat perjanjian dengan pengusaha hotel untuk beberapa tahun akan datang. Ini bagi memastikan keterjaminan harga penginapan terkawal,” katanya.

 

Pada masa sama, Syed Hamadah memaklumkan surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi 1446H/2025M akan dikeluarkan secara berperingkat mulai hari ini dan bakal haji perlu mencukupkan bayaran hai dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab tawaran itu.


- Bernama 



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

22 Dec 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:52

mosque
imsak

Imsak

05:52:00

fajr

Fajr

06:02:00

syuruk

Syuruk

07:13:00

dhuhr

Dhuhr

13:15:00

asr

Asr

16:37:00

maghrib

Maghrib

19:12:00

isha

Isha

20:27:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase