Back To Halal News

Apr 19, 2024 3PM

E-ReHal, langkah proaktif HDC dalam mempercepatkan proses pensijilan halal.

Inisiatif untuk membimbing Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi menilai tahap kesediaan ke arah permohonan pensijilan Halal Malaysia.


e-ReHal atau Electronic Readiness Halal yang dianjurkan oleh Halal Development Corporation melalui Halal Knowledge Centre (HKC), merupakan  program fasilitasi pra pensijilan halal dengan objektif untuk membina kesediaan pemain industri dalam pematuhan halal.

 

‘Program ini bertujuan untuk memudah cara serta memberi maklumat penting kepada usahawan yang ingin menceburi industri halal dengan modul panduan interaktif terhadap proses dan  prosedur pensijilan halal’, tambah Akmal Al-Amini Jamalludin Al Amini, Pengurus Kanan, Pengurusan Maklumat, HDC. 


Akmal Al-Amini Jamalludin Al Amini, Pengurus Kanan, Pengurusan Maklumat, HDC.

Akmal Al-Amini Jamalludin Al Amini, Pengurus Kanan, Pengurusan Maklumat, HDC.


Umumnya, usahawan yang ingin memasuki industri halal perlu mempunyai kesediaan halal (halal readiness) dan kefahaman sebelum membuat permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

 

Menurut Akmal ketika ditemui dalam Bicara Bersama Pakar Industri Halal HKC, usahawan perlu tahu, sebelum permohonan pensijilan mereka perlu bersedia dengan dokumen-dokumen yang berkaitan. Melalui e-ReHal, usahawan akan dibimbing dengan dokumen-dokumen keperluan.

 

Tambah beliau lagi e-ReHal juga akan menilai kesediaan usahawan sebelum memulakan proses permohonan pensijilan Halal.


Dari kiri, Syilda Ismail, Penerbit Kanan Kinihalal, Puan Siti Noorhuda Binti Musa, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengesahan Halal Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Akmal Al-Amini Jamalludin Al Amini, Pengurus Kanan, Pengurusan Maklumat, Halal Development Corporation dan Mohamad Zahari Mohamed Said, Wakil Federation of Malaysian Manufacturers (Halal) dalam Bicara Bersama Pakar Industri Halal HKC baru-baru ini.

Dari kiri, Syilda Ismail, Penerbit Kanan Kinihalal, Puan Siti Noorhuda Binti Musa, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengesahan Halal Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Akmal Al-Amini Jamalludin Al Amini, Pengurus Kanan, Pengurusan Maklumat, Halal Development Corporation dan Mohamad Zahari Mohamed Said, Wakil Federation of Malaysian Manufacturers (Halal) dalam Bicara Bersama Pakar Industri Halal HKC baru-baru ini.


Syarat-syarat minima untuk menyertai program fasilitasi e-ReHal ialah syarikat perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, mempunyai premis sendiri yang sudah dilesenkan dibawah Pihak Berkuasa Tempatan dan perniagaan beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan.  

 

Bengkel e-ReHal yang diadakan sehari ini bakal menjelajah hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia bermula dengan  negeri Johor pada 24hb April ini. 



Bengkel e-ReHal yang akan diadakan sepanjang tahun 2024

Bengkel e-ReHal yang akan diadakan sepanjang tahun 2024


Di akhir bengkel e-ReHal, akan diadakan penilaian untuk mengetahui tahap kesediaan dan kefahaman peserta terhadap pengetahuan halal mereka.


Peserta perlu membawa headphone dan komputer riba/ tablet/ ipad / telefon bimbit dan data internet yang mencukupi semasa menghadiri program.


Di akhir bengkel E-ReHal, peserta harus menjawab beberapa soalan untuk mengetahui tahap kesediaan dan kefahaman halal (halal readiness).

 

Penilaian ini boleh dilakukan berkali-kali sehingga usahawan bersedia dan mencapai markah yang ditetapkan bagi memperolehi sijil penyertaan bengkel. 

 

Setelah menjalani bengkel sehari e-ReHal, penilaian audit kendiri diadakan. Peserta atau usahawan haruslah menjalankan penilaian terhadap premis sendiri dengan pengetahuan yang dipelajari.


Peserta diberi masa 7 hari atau kurang dari tempoh itu untuk mengemukakan penilaian audit kendiri itu bagi menyediakan dokumen penting untuk proses seterusnya iaitu permohonan di portal MYeHALAL, JAKIM.

 

Tambah Akmal, selaku penganjur, 10 hari disasarkan bagi peserta akan ini dapat memudahkan dan mempercepatkan permohonan di MYeHALAL.


Ini sekaligus membantu dalam memastikan tercapainya proses Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kepada 30 hari bekerja.


Bengkel diadakan sehari ini dirangka angka khusus untuk memberi pemahaman dan menilai kesediaan pematuhan syarat pensijilan Halal.


Insentif fi permohonan pensijilan juga akan diberikan kepada peserta yang layak bagi menggalakkan peserta terus berkomited mendapatkan pengesahan sijil halal sehingga berjaya. 

 

Keseluruhan proses disasarkan dapat dilaksanakan dalam tempoh 10 hari, menjadikan e-ReHal sebagai satu langkah proaktif HDC dalam mempercepatkan proses pensijilan halal.

 

Dengan adanya program ini, diharapkan lebih ramai usahawan akan terdorong untuk menyertai industri halal dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.



Program ini juga merupakan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam termasuk di peringkat negeri. 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

04 May 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:42

mosque
imsak

Imsak

05:42:00

fajr

Fajr

05:52:00

syuruk

Syuruk

07:02:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:32:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:32:00

mosque

Produced by

fg media

Channel Partner

malaysiakinikiniTV

Media Partner

Hei 2023Malaysia Showcase