Oct 02, 2024 4PM
Kenapa Anda Perlu Jalan-Jalan Di Dadaocheng, Taiwan
Berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan visual, satu yang healing dan terinspirasi
Berjalan adalah satu aktiviti yang perlu anda lakukan ketika melancong.
Hanya dengan aktiviti berjalan sambil menikmati pemandangan senibina lama merakamkan foto abadi adalah sesuatu yang ‘healing’.
Merakam foto dengan spontan dan ‘impromtu’ penting untuk mencungkil kreativiti minda
Berjalan-jalan di Dadaocheng, daerah tertua di Taipei, mengukir banyak spot ‘instagrammable’ kerana terdapat banyak sejarah dan cafe estetik yang telah diubahsuai.
Menyelusuri di kawasan ini anda akan terpesona dengan menghargai bangunan lama, seni bina klasik, barangan ‘vintage’ dari setiap kedai dan muzium menarik di Jalan Dihua, Dadao Cheng.
Lorong sempit di setiap selekoh sangat estetik sehingga tim kinihalal yang berkunjung ke lokasi tersebut tidak putus-putus merakamkan foto-foto menarik.
Ia masih lagi memelihara nilai tradisional sambil menjadi pusat kebudayaan yang menarik.
Latar belakang yang estetik tidak memerlukan banyak editing, cantiknya semulajadi
Kedai 7 Eleven masih mengekalkan seni bina lama, subjektif untuk mereka yang suka elemen unik
Jalan Dihua di Dadaocheng terus kekal sebagai salah satu jalan lama di Taipei yang terpelihara dengan baik
Singgah sebentar minum kopi di cafe kopi estetik yang banyak di Dadaocheng
FESTIVAL MUSIM PANAS DADAOCHENG 2024
Di daerah ini juga telah diadakan Festival Musim Panas Dadaocheng 2024 baru-baru ini yang telah diadakan setiap tahun dari pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos di Dadaocheng Riverside Park.
Festival tahun ini berlangsung selama 25 hari berturut-turut menarik lebih 130,000 pelancong ke acara itu.
Pertunjukan bunga api bertema yang paling dinanti-nantikan berlangsung selama 8 minit, menampilkan hampir 5,000 bunga api menerangi langit!
Pengunjung juga boleh menikmati pasar tepi sungai, persembahan muzik secara langsung dan pertunjukan cahaya yang menakjubkan.
Pertunjukan bunga api bertema selama 480 saat yang menampilkan hampir 5,000 bunga api
Taiwan menduduki tempat ke-3 dalam kalangan destinasi bukan OIC selepas Singapura dan United Kingdom untuk "Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI)" 2024.
Kota Taipei turut dianugerahkan "Bandar Destinasi Pelancong Mesra Muslim Paling Berpotensi" buat julung kalinya.
Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]
Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.
Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.
Waktu Solat
13 Oct 2024
Waktu solat berikutnya,
Maghrib
pada
19:02