Jun 10, 2025 10AM
Transformasi Digital Peniaga Tempatan Melalui Inovasi di Shopee
Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E-Dagang yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga
Dalam landskap digital Malaysia yang semakin berkembang pesat, penjual tempatan kini mentakrifkan semula cara untuk berkembang dan berhubung secara dalam talian melalui pendekatan jualan yang lebih inovatif.
Penjual tempatan seperti Arwaafood, JK Biscuits, dan Hollywood MotorSport memanfaatkan sepenuhnya rangkaian alatan perniagaan yang ditawarkan oleh Shopee dengan menggunakan Shopee Live untuk bercerita secara autentik dan berinteraksi secara langsung, Shopee Video untuk mempamer dan menerangkan produk, Shopee Affiliates untuk dorongan penemuan produk, dan label ‘Lagi Murah’ untuk menunjukkan nilai yang berdaya saing.
Dengan menggabungkan ciri-ciri ini mengikut kesesuaian jenama dan matlamat mereka, mereka bukan sahaja membina jualan tetapi juga membina kepercayaan, keterlihatan dan komuniti.
Arwaafood: Membina Kepercayaan Melalui Penceritaan dan Kandungan ‘Mukbang’
(dari kanan) Nizar Mustafa, Hadi Kaderi, Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa, pengasas Arwaafood
Diasaskan oleh Hadi Kaderi, Nizar Mustafa, Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa, Arwaafood menawarkan makanan segera bebas bahan pengawet yang berasaskan resipi tradisional.
Sesi Shopee Live mereka bukan sekadar promosi, ia membawa penonton menyelami kisah di sebalik ramuan dan nilai mereka lalu menjalin hubungan yang mendalam dengan mereka yang mementingkan kesihatan.
“Banyak makanan segera mengandungi bahan tambahan yang tidak bernutrisi.
“Kami ingin mengubahnya dengan menggunakan bahan makanan semula jadi yang mencerminkan akar budaya dan nilai kesejahteraan kami,” kata Hadi.
Pendekatan yang mengutamakan penceritaan ini telah membantu Arwaafood membina komuniti setia dan mencapai hasil perniagaan yang ketara.
Dalam masa tiga bulan sahaja, sesi Shopee Live mereka berjaya menarik lebih 660,000 tontonan, manakala video Shopee yang dihasilkan oleh affiliate, terutamanya kandungan “mukbang”, membantu membuktikan kualiti dan rasa produk, terutamanya kepada pembeli baharu.
Hubungan erat dengan komuniti ini turut mempengaruhi strategi promosi Arwaafood.
“Pelanggan kami bijak, mereka menanti hari kempen dan baucar.
“Kami perhati bahawa mereka akan ‘top-up’ produk kami semasa waktu ini, jadi kami buat pakej untuk beri lebih nilai,” jelas Hadi.
Dengan menyelaras promosi mereka mengikut kempen besar Shopee, Arwaafood memaksimumkan keterlihatan dan kadar pembelian semasa waktu puncak.
Ketika Shopee 5.5 Festival Fesyen & Kecantikan baru-baru ini, strategi ini menghasilkan peningkatan pesanan sebanyak 144% dari hasil gabungan penstriman langsung harian, pakej strategik, dan baucar pada waktu strategik.
Menariknya, usaha dari ahli affiliate Shopee menyumbang lebih 40% daripada jumlah pesanan yang membuktikan kemampuan mereka dalam menukar minat kepada tindakan.
JK Biscuits: Dari Gerai Buah ke Kejayaan Dalam Talian
Madam Lai Nyuk Ling dari JK BISCUITS memberi inspirasi kepada komuniti setempatnya untuk meneroka dunia e-dagang
Inovasi tidak terhad kepada produk makanan berpek. Di Bidor, Perak, Madam Lai Nyuk Ling dari JK BISCUITS membuktikan bagaimana penjual hasil tani boleh berinovasi melangkaui gerai tradisional melalui e-dagang dan penglibatan digital.
Perniagaan buah-buahan yang bermula secara sederhana ini kini berkembang menjadi kedai dalam talian yang menghantar jambu batu dan buah naga segar ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Cabaran terbesar bagi Madam Lai ialah bagaimana untuk membawa pengalaman memilih buah secara fizikal, yang biasanya melibatkan deria dan sentuhan, ke dalam ruang dalam talian.
Shopee Live menjadi platform utama beliau untuk melakukannya. Dengan memotong buah secara langsung semasa siaran dan menunjukkan proses pembungkusan, beliau memberi gambaran telus tentang kualiti dan perhatian yang diberi pada setiap pesanan.
“Pelanggan tahu dengan jelas apa yang mereka akan terima,” katanya.
Interaksi masa nyata ini membantu meningkatkan keyakinan terhadap kesegaran, kemanisan dan kualiti buah-buahan yang dijual.
Pendekatan interaktif ini bukan sahaja meyakinkan pelanggan, malah turut menghasilkan keputusan perniagaan yang ketara dengan jualan mencecah sehingga RM4,000 sehari melalui sesi Shopee Live.
Kejayaan Madam Lai turut memberi inspirasi kepada komuniti setempatnya untuk meneroka dunia e-dagang, membuktikan bahawa penjual hasil tani tradisional juga boleh menggunakan teknologi digital untuk membina kepercayaan dan berhubung secara bermakna dengan pengguna moden.
Hollywood MotorSport: Membawa Kepakaran Luar Talian ke Platform Dalam Talian dan Meluaskan Kecapaian Pelanggan
Sektor tradisional seperti automotif juga menemui cara berkesan untuk berkembang dengan menggabungkan kepakaran kedai fizikal bersama sentuhan digital.
Hollywood MotorSport, nama yang dipercayai dalam penjualan alat ganti dan aksesori motosikal menggunakan Shopee untuk menyalurkan pengalaman servis peribadi kedai fizikal kepada pelanggan dalam talian di seluruh negara.
Menerusi Shopee Live, mereka mencipta semula pengalaman rundingan secara bersemuka dengan menunjukkan cara pemasangan produk secara langsung, menjawab soalan pelanggan, dan membuat perbandingan visual untuk membantu pembeli membuat keputusan tepat. Kandungan Shopee Video pula menjelaskan ciri-ciri produk yang rumit dengan cara yang mudah difahami menjadikan pembeli kali pertama lebih yakin.
“Dari dahulu lagi, kami amat menitikberatkan layanan peribadi kepada pelanggan di kedai fizikal kami.
“Sekarang kami boleh tawarkan pengalaman yang sama kepada lebih ramai pelanggan dalam talian.
“Shopee membantu kami berkembang melangkaui trafik fizikal melalui pemasaran affiliate, data, dan interaksi masa nyata. Kini, kami mencipta perkembangan baharu tanpa perlu mengorbankan operasi sedia ada kami di kedai fizikal,” kata Simon Tan, Pengarah Hollywood MotorSport.
Pendekatan hibrid ini membuahkan hasil. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, mereka mencatat momentum yang kukuh menerusi penstriman langsung dan usaha ahli affiliate.
Setiap bulan, hampir 1 dalam 5 pesanan bulanan diperoleh melalui ahli affiliate, yang dimana apabila digabungkan dengan pesanan melalui penstriman langsung, ianya menyumbang hampir suku daripada jumlah keseluruhan pesanan bulanan.
Kandungan Shopee Video juga mencatat peningkatan sepuluh kali ganda dari segi penglibatan yang membantu pembeli memahami produk rumit seperti kit brek atau alat gantung (suspension parts) motor. Ianya bukan sahaja memacu jualan, malah turut mengukuhkan reputasi Hollywood MotorSport sebagai kedai pakar yang dipercayai untuk keperluan automotif.
Shopee Syokong Jualan Bijak
Di sebalik semua kisah kejayaan ini ialah komitmen Shopee untuk memperkasa peniaga tempatan dengan alat dan data perniagaan yang mereka perlukan untuk mengadaptasi ke landskap e-dagang yang berubah-ubah ini.
“Peniaga Malaysia kini lebih bijak dalam cara mereka memasarkan dan berhubung dengan pembeli.
“Mereka tidak hanya bersaing dari segi harga, tetapi menumpukan kepada nilai sebenar melalui inovasi dan penglibatan yang tulen.
Kami menyokong mereka dengan data dan alat untuk merancang pendekatan tersendiri, membina hubungan jangka panjang dan berkembang secara berterusan lalu membentuk ekosistem e-dagang yang lebih sihat untuk semua,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia.
Sama ada Arwaafood yang berkongsi kisah di sebalik ramuan semula jadi mereka, JK Biscuits yang membawa pengalaman membeli buah secara langsung ke dalam talian, atau Hollywood MotorSport yang memberi panduan langkah demi langkah tentang produk automotif, para peniaga ini menunjukkan bahawa nilai bukan sekadar nombor.
Ia tentang pendekatan inovatif yang membina hubungan bermakna dengan setiap transaksi.
Waktu Solat


13 Jun 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:41

