Back To All

Aug 23, 2025 12PM

Jenama WITEX, WCAF 2025 semakin kukuh di persada global - CEO

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) World Islamic Tourism Expo (WITEX) dan World Cultural & Arts Festival (WCAF) 2025, Datuk Jeffri Sulaiman berkata sebanyak 600 pembeli global terlibat tahun ini, membuktikan jenama pameran tersebut semakin berkembang di peringkat antarabangsa.

 

Menurut beliau, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 350 pembeli global lalu menjadi satu pencapaian penting buat acara itu yang baru kali ketiga dilaksanakan. 

 

“Lebih sukacita, semua pembeli global kami adalah organik yang datang ke WITEX 2025 untuk menjalankan perniagaan.

 

“Kami tidak ada pembeli terpilih (hosted buyers) samada separuh, suku atau sepenuhnya. Tiada, semua nya 100 peratus atas diri mereka sendiri.

 

“Alhamdulillah, dari pelaksanaan AITEX kemudian ke WITEX, dengan jumlah pembeli global yang kita ada walaupun baru edisi ketiga menunjukkan sambutan dari dunia itu ada,” katanya ketika berucap di sidang media WITEX 2025. 

 

Untuk rekod, pembeli terpilih (hosted buyers) adalah peserta pameran yang dijemput dan ditaja oleh penganjur untuk menghadirkan diri ke acara mereka bagi memudahkan pembeli dan pengusaha untuk berhubung.


(dari kiri) CEO WITEX dan WCAF 2025, Datuk Jeffri Sulaiman; Setiausaha Kanan Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan Presiden MATA, Datuk Dr. Mohd Khalid Harun.


Sementara itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Dr. Mohd Khalid Harun berkata, beliau mahu WITEX 2025 dilihat sebagai acara buatan tempatan yang memetakan Malaysia sebagai pemain industri global berpengaruh.

 

Katanya, penglibatan pengusaha pelancongan domestik serta antarabangsa seperti Batik Air dan Citilink sebagai rakan kongsi strategik acara itu menjadi antara usaha signifikan ke arah mencapai matlamat tersebut

 

“Pada mulanya, Citilink menyertai WITEX dahulu sebelum diikuti Batik Air. Sejak itu, Batik Air telah bersama kita selama dua tahun dan akan kekal hingga ke tahun ketiga.

 

“Saya rasa Batik Air akan kekal untuk tahun hadapan kerana mereka sudah mempunyai tempahan tempat duduk oleh pelawat dari Indonesia yang mendapat diskaun.

 

“Ini caranya kami dan rakan kongsi strategik membangun, kami promosikan syarikat mereka melalui acara kami kemudian mereka tawar pakej menarik untuk pelawat-pelawat kami yang berpotensi,” katanya.

 

Selain syarikat penerbangan, Khalid juga berkata penglibatan penyedia perkhidmatan insurans atau takaful dan kewangan semakin menonjol dalam ekspo tahun ini susulan peranan mereka yang meluas dalam industri pelancongan.


Datuk Ahmad Farhan Fauzi melawat reruai di WITEX 2025 dengan diiringi Datuk Dr. Mohd Khalid Harun dan Datuk Jeffri Sulaiman.


Katanya, penyedia perkhidmatan-perkhidmatan itu kini menawarkan banyak kemudahan kewangan yang lebih khusus buat pelancong Muslim samada untuk mendapatkan rawatan, pendidikan atau bercuti bersama keluarga.

 

Misalnya Khalid menjelaskan bahawa sebelum ini, pelancong Muslim perlu mengambil insurans am untuk ke luar negara tetapi sekarang mereka boleh mendapatkan insurans takaful khas untuk tujuan itu.

 

Presiden MATA itu berkata, produk-produk Islamik itu banyak dikeluarkan dan dipromosikan oleh syarikat bank terutamanya di WITEX 2025 supaya pelancong beragama Islam boleh mengakses perlindungan insurans berlandaskan nilai Islam. 

 

WITEX dan WCAF 2025 berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Ogos di Hotel Sunway Resort, Bandar Sunway dengan tarikan sebanyak 150 reruai untuk pelawat kunjungi.

 

Penampilan istimewa oleh Mawi dan Vanny Vabiola pada 23 Ogos turut menambah seri buat acara tersebut, jadi orang ramai adalah dijemput hadir untuk memeriahkan acara tersebut.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

25 Aug 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:51

mosque
imsak

Imsak

05:51:00

fajr

Fajr

06:01:00

syuruk

Syuruk

07:09:00

dhuhr

Dhuhr

13:18:00

asr

Asr

16:30:00

maghrib

Maghrib

19:23:00

isha

Isha

20:33:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase