Apr 22, 2025 4PM
Jakim tarik semula produk Indonesia ada DNA babi
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaksanakan pemantauan dan penarikan semula produk makanan daripada pasaran Indonesia yang didapati mengandungi DNA babi (porcine).
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya memandang serius pengumuman rasmi oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) semalam yang menarik balik beberapa produk makanan selepas dikesan mengandungi bahan tersebut.
“Berdasarkan siaran media BPJPH, hasil pemantauan bersama BPOM mendapati sebanyak 11 batch daripada 9 produk makanan telah dikesan mengandungi DNA babi (porcine) melalui analisis makmal.
JAKIM mengambil tindakan segera untuk menjaga kemaslahatan penganut agama Islam di Malaysia (kredit foto: Malaysiakini)
“Daripada jumlah tersebut, 9 ‘batch’ daripada 7 produk memiliki sijil halal, manakala 2 ‘batch’ daripada 2 produk tidak memiliki sijil halal,” kata JAKIM dalam sebuah kenyataan hari ini.
JAKIM turut mengarahkan pihak-pihak pengimport produk terlibat untuk segera menghubungi pihaknya melalui emel rasmi mereka dan menarik semula produk tersebut dari pasaran Malaysia.
“Langkah ini adalah sejajar dengan prinsip utama dalam pemeliharaan hak pengguna Muslim serta memastikan integriti sistem pensijilan halal negara sentiasa terpelihara dan diyakini.
Orang ramai boleh memaklumkan JAKIM akan sebarang aduan berkaitan produk terbabit (kredit foto: Facebook JAKIM)
“JAKIM amat komited dalam memastikan produk yang benar-benar mematuhi piawaian halal dibenarkan berada di pasaran, demi memelihara hak dan kepentingan pengguna Muslim di Malaysia.” katanya.
Sehubungan dengan itu, JAKIM menyeru orang ramai untuk menyalurkan aduan atau maklumat berkaitan produk-produk berkenaan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM.
Waktu Solat


24 Apr 2025
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:29

