Back To All

Apr 29, 2026 8AM

MIHAS 2026 sasar RM4.5 bilion dalam nilai dagangan halal

Pameran Halal antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 menyasarkan RM4.5 bilion dalam nilai dagangan, termasuk penyertaan 2,380 reruai dan 45,000 pengunjung daripada 45 buah negara, menjadikan pelaksanaan pameran itu berimpak tinggi di pentas dunia. 

 

MIHAS edisi ke-22 itu menjadi medan perhubungan antara perusahaan bernilai tinggi melalui penyertaan sebanyak 200 pembeli antarabangsa di bawah International Sourcing Programme (INSP) dan 50 pembeli premium di bawah Hosted Buyer Programme.

 

Pada masa sama, pameran itu juga mengetengahkan pemain industri tempatan dengan menampilkan 600 pengeksport Malaysia melalui inisiatif-inisiatif MIHAS Showase.

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MATRADE, Abu Bakar Yusof berkata, MIHAS 2026 bukan sekadar pameran, tetapi platform untuk kesediaan, daya tahan dan pembaharuan yang memacu ekosistem halal bernilai RM13.8 trilion ke arah RM19.7 trilion menjelang 2030.

 

“Secara kolektif, sasaran itu mencerminkan skala MIHAS yang semakin membesar dan kepentingan strategik pameran tersebut sebagai platform perniagaan halal global terkemuka.

 

“Khususnya di kala kerumitan global semakin meningkat dan ketegangan geopolitik membentuk semula perdagangan, syarikat dipaksa untuk memikirkan semula strategi penyumberan (sourcing) dan pembeli didorong untuk mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai.

 

“Namun, sejarah mengajar kita bahawa gangguan tidak pernah kekal. Pasaran mungkin ditekan, tetapi ia memulih. Laluan perdagangan mungkin beralih, tetapi ia dibuka semula. Permintaan mungkin menyusut, tetapi ia kembali,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pra-Pelancaran MIHAS 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, semalam.

 

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan dan Pengurusan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Bahria Mohd Tamil; ahli Lembaga Kanan MATRADE, Datuk Hazimah Zainuddin; ahli Lembaga MATRADE, Datuk Mohammad Medan Abdullah; Timbalan CEO (Pecutan Eksport) MATRADE, Jai Shankar, wakil-wakil agensi kerajaan, Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi serta wakil Dewan Perniagaan dan Persatuan Perdagangan.

 

Mengulas hala tuju strategik acara tersebut, Bahria berkata, MIHAS membawa tema Membentuk Kepercayaan, Memacu Inovasi, yang mencerminkan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

 

“Selari dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sektor halal bukan lagi sekadar penyumbang kepada pertumbuhan tetapi pemangkin strategik transformasi ekonomi. 

 

“Dengan menyelaraskan keutamaan NIMP 2030, kami berhasrat menjadikan Malaysia sebagai peneraju halal global, memacu eksport halal kepada RM80 bilion dan meningkatkan sumbangan KDNK sektor kepada 11 peratus melalui inovasi dan daya tahan,” katanya.

 

MIHAS 2026 dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 26 September ini di MITEC, Kuala Lumpur.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

29 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:30

mosque
imsak

Imsak

05:44:00

fajr

Fajr

05:54:00

syuruk

Syuruk

07:03:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:30:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase