Back To All

Dec 18, 2025 5PM

Status halal ikan juga boleh gugur jika tempat pemprosesan tidak bersih

Sekiranya dikendalikan dalam persekitaran yang kotor dan tidak terkawal, ikan yang secara asalnya berstatus halal juga boleh bertukar haram untuk dimakan pengguna Muslim kerana bercanggah dengan prinsip halalan tayyiban.

 

Eksekutif Halal dan Keselamatan Makanan One World Hotel Sdn. Bhd., Aizat Fathi berkata, tayyib menekankan aspek bersih, selamat, berkualiti, dan tidak memudaratkan kesihatan yang menjadi elemen utama di sebalik status halal sesuatu produk, bukan halal semata-mata. 

 

Beliau berkata sedemikian dalam sebuah hantaran di LinkedIn, semalam dengan merujuk kepada tiga tangkap layar berita berkenaan isu pencemaran di Sekinchan, Selangor yang membabitkan sebuah kilang memproses ikan.

 

“Ramai beranggapan ikan tidak perlu sijil halal kerana ia halal secara fitrah dan tidak memerlukan sembelihan seperti ayam atau lembu.


Eksekutif Halal dan Keselamatan Makanan One World Hotel Sdn. Bhd., Aizat Fathi.


“Dari sudut hukum asal syarak, anggapan ini memang betul, tetapi isu sebenar bukan terletak pada ikan itu sendiri namun pada cara pengendalian dan pemprosesannya sebelum sampai ke tangan pengguna.

 

“Contohnya, ikan diletakkan terus di atas lantai simen yang berlendir dan kawasan kilang dimasuki anjing atau haiwan liar, lalu berisiko dicemarkan dengan najis mughallazah,” katanya.

 

Tambah beliau, apabila ikan yang basah bersentuhan dengan najis berat atau permukaan tercemar, ia menjadi mutanajjis dan boleh jatuh kepada status haram atau sekurang-kurangnya syubhah yang berat.

 

Aizat berkata, isu itu menunjukkan kepentingan peranan logo dan pensijilan halal yang menjadi jaminan sistem dan Prosedur Operasi Standard (SOP) dikendalikan dengan sepatutnya.


Logo halal menjadi jaminan bahawa makanan tersebut bukan sahaja menepati syariat Islam, namun selamat dan bersih untuk diambil. (kredit foto: Malaysiakini)


Pensijilan halal juga, menurut beliau, mengesahkan pengeluaran produk berasaskan ikan itu adalah bersih, bebas najib mughalazzah, mempunyai kawalan perosak dan sistem kebolehkesanan yang jelas.

 

“Halal adalah satu amanah dan tuntutan, bukan sekadar urusan perniagaan. Ikan memang halal secara asal, tetapi proses pengendalian yang salah boleh menjadikannya tidak halal atau memudaratkan,” katanya.

 

Hasil semakan Kinihalal setakat laporan ini ditulis, ia mendapat 121 tanda suka dan 60 kongsi semula daripada kenalan industri dan pengguna lain platform tersebut.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

19 Dec 2025

Waktu solat berikutnya,

Maghrib

pada

19:10

mosque
imsak

Imsak

05:50:00

fajr

Fajr

06:00:00

syuruk

Syuruk

07:11:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:36:00

maghrib

Maghrib

19:10:00

isha

Isha

20:25:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase